Ego Menghancurkan Keharmonian

Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: "Sejahat-jahat hamba adalah seorang hamba yang sombong dan melupai Tuhan yang Maha Tinggi."

Rasulullah SAW bersabda lagi:

Maksudnya:" Sejahat-jahat hamba ialah hamba yang mengikut hawa nafsunya."

Dari dua hadis ini, dapat kita lihat ada tiga perkara penting iaitu:
1. sombong
2. lupa dengan Tuhan yang Maha Tinggi
3. ikut hawa nafsunya.

Inilah penyakit-penyakit masyarakat, penyakit dunia, penyakit individu, penyakit rumahtangga, penyakit keluarga, penyakit bangsa, penyakit etnik dan penyakit semua manusia. Yang menjadikan dunia huru hara, menjadikan manusia pecah belah, hilang kasih sayang, jatuh menjatuhkan, menjadikan manusia selalu . Bergaduh berkelahi, fitnah menfitnah dan kemuncaknya berlaku peperangan demi peperangan. Maka jadilah dunia ini neraka sebelum Neraka di Akhirat. Manusia tidak mahu ini semua sebab ia menyusahkan, mengharu-birukan, menghilangkan bahagia dan ketenangan, menjadikan manusia takut dan bimbang, tetapi manusialah yang mencetuskan peperangan itu.

Rupanya apa yang manusia tidak mahu, manusia juga yang melakukannya. Apa yang manusia takut, itulah yang dibuat oleh manusia. Apa yang manusia tidak hendak, itulah yang dilakukan mereka setiap hari. Manusia tidak tahu macam mana hendak menyekat keadaan ini. Benda yang terjadi pada kita, kita tidak tahu bagaimana hendak menghentikannnya. Perbuatan manusia telah menjerat manusia sendiri.Rupanya semua itu berlaku kerana tiga penyakit tadi iaitu ego,lupakan Tuhan dan ikutkan nafsu. Bila ada ego dan lupakan Tuhan, maka nafsulah yang menjadi Tuhan .Penyakit ego adalah pokok, bukannya buah.Sebab itu Rasulullah SAW kata sejahat-jahat hamba adalah yang sombong. Dari pokok sombong ini, lahirlah buah pemarah, hasad, lahir fitnah menfitnah dan sifat payah hendak menerima kebenaran. Lahirlah sifat tidak mampu memberi maaf, tidak suka meminta maaf dan prejudis dengan orang lain. Ini adalah buah-buahnya.

Apabila seseorang itu pada dirinya ada ego yakni pokok mazmumah atau sifat-sifat keji, maka bila ada pokok, ia akan membuahkan berbagai jenis buah mazmumah. Sama ada besar atau kecil. Sama ada dia sedar atau tidak. Ego ini adalah penyakit pertama yang lahir di dunia . Ia dari iblis . Siapa yang ada pokok sombong, ertinya dia bukan ikut kepada Tuhan tapi ikut iblis. Dahsyatnya pokok sombong yang boleh melahirkan bermacam-macam mazmumah, yang sangat menyusahkan hidup manusia. Bila sudah ikut iblis kerana ada sifat sombong maka iblislah Tuhannya.

Maka apa yang hadis nyatakan, yang lupa Tuhan yang Maha Tinggi, itu sifat iblis. Bila iblis jadi Tuhan, walaupun hatinya tidak katakan iblis itu Tuhannya, hakikatnya dia sudah bertuhankan iblis maka dengan sendirinya dia lupakan Tuhan yang sebenar. Dia besarkan iblis, dia agungkan iblis dan lupa mengagungkan Allah SWT. Begitulah bila pokoknya sudah wujud, lahirlah macam-macam buah mazmumah.

Kalau tidak ada pokok, mungkin hanya ada satu-satu bentuk mazmumah sahaja, tetapi kalau pokok yang tumbuh, ia melahirkan buah yang banyak iaitu buah yang merosakkan kehidupan manusia, merosakkan sesama kawan dan merosakkan negara. Bila ada pokok ini maka sempurnalah mazmumahnya. Maka iblis jadi Tuhannya. Kalau iblis yang dia ingat, tentulah dia lupakan Tuhan. Jadi bila iblis sudah ada, dia lupakan Tuhan maka nafsu pulalah menjadi tuhannya.

Apa kata Allah SWT tentang nafsu di dalam Al-Quran:


Maksudnya: "Sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak orang berbuat jahat." (Yusuf 53)

Nafsu itu bukan sahaja ia jahat bahkan ia sangat mengajak orang buat kejahatan. Sudahlah nafsu itu sendiri jahat, ia juga sangat mengajak orang buat kejahatan. Jadi bila orang sudah bertuhankan nafsu, di samping bertuhankan iblis tadi maka lahirlah faham individualisma . Orang yang faham individu ini, dia fikir, "Aku nak senang, orang tidak senang dia punya pasal. Aku fikir aku, jiran mati, itu dia punya pasal." Dahsyatnya bila ada ego, lupa Tuhan maka nafsu memainkan peranan. Nafsu bukan sahaja jahat bahkan sangat mengajak orang buat kejahatan. Nafsu itu sifatnya berkehendak dan merangsang sama ada yang halal atau haram. Apa yang dia hendak itu dibawa pada diri, hanya untuk dirinya, tidak dibawa pada keluarga, apatah lagi jiran dan masyarakat.

Padahal kalau dia berfikir, bila bangsa rosak, dia salah seorang yang akan rosak sama. Tetapi kerana penyakit individualisma, dia tidak fikirkan itu semua.
Sebab itu Tuhan berfirman:


Maksudnya: "Tidakkah engkau lihat orang yang menjadikan nafsu itu tuhannya."

Tetapi kalau kita cakap, "Awak ni bertuhankan nafsu," dia marah, dia tidak terima.

Bala bencana yang berlaku dalam diri hingga orang marah dan benci adalah kerana nafsu sudah kita jadikan tuhan. Begitulah bala yang berlaku antara suami isteri kerana sifat individualisma itu. Isteri fikir isteri dan suami fikir suami. Sifat individu ini menyebabkan dia tidak fikirkan keluarga sekalipun anaknya. Kadang-kadang anak-anak diperalatkan untuk kepentingan diri. Mak ayah diperalatkan, suami atau isteri diperalatkan untuk kepentingan diri sendiri. Jemaah diperalatkan untuk kepentingan diri. Begitu juga gurunya, etniknya dan bangsanya, diperalatkan untuk kepentingan dirinya. Kemudian bila dapat susah, dia kata, "Macamana ni?"

Kalau sudah ada sombong, otomatik lupakan Tuhan. Maka nafsu jadi tuhan. Nafsu lebih dahsyat dari iblis sebab nafsu dari dalam. Iblis ambil peluang bila nafsu tamak, rakus, maka ia subur-suburkan lagi. Iblis tidak dapat masuk bila nafsu sudah baik. la hanya dapat berbisik dari jauh. Macam orang pakai baju besi. Boleh tembak tetapi tidak masuk ke dalam. Tidak lut. Tapi bila nafsu sudah diutamakan, iblis hanya meniti saja. Nafsu itu highway kepada iblis dan syaitan.

Tiga perkara inilah punca hancurnya diri, hancurnya rumahtangga, masyarakat, negara dan dunia. Disebabkan oleh tiga perkara yang disebutkan tadi, inilah yang memainkan , peranan dalam kehidupan individu. Kalau dia duduk dalam jemaah, dia ambil peluang. Lebih-lebih lagi kalau suaminya jadi ketua dalam jemaah, maka dia alatkan suami untuk kepentingan dirinya sama ada secara langsung atau tidak.Sebab itu bagi orang yang bermadu, walaupun dia kata poligami itu untuk kepentingan perjuangan, tetapi untuk praktikkannya payah. Setengah orang kata, "Saya tak ada ilmu tentang madu." Betul kah? Banyak orang yang ada ilmu dan tukang syarah tetapi dia sendiri tidak boleh amalkan ilmu itu.

Sebab itu kerana sombong, tidak takutkan Tuhan, kerana perturutkan nafsu, bukan sahaja kalau berpoligami tidak selesai. Bahkan kalau isteri seorang pun tidak selesai. Contohnya, kalau dia fikir tentang makan. Kalau tidak ada atau kurang makanan, dia akan kata, "Abang ni tak bertanggungjawab." Kalau ada makanan, dia persoalkan, "Asyik ikan kembung je. Kembung perut saya. Belilah tenggiri sekali sekala." Makan pun jadi masalah. Dia tidak bermadu tetapi dia bermadu dengan kereta, dengan ayam ikan, dengan kawan suaminya. Kalau hari cuti, suami dia keluar dengan kawan, dia kata, "Abang ni asyik dengan kawan aje. Tak fikir saya." Madu itu bukan dengan isteri sahaja. Kadang-kadang dengan masa. Suami balik lambat, "Abang ini masa untuk pejabat saja. Tak ada masa untuk saya." Kalau ada madu, bolehlah tampar untuk lepaskan geram. Kalau bermadu dengan masa, tanggung sendiri perasaan. Berapa banyak masalah kerana sifat individualistik. Suami baru beli kereta, patutnya hujung minggu, duduk-duduk dengan isteri, tetapi suami asyik basuh kereta. Dia kata, "Abang ni asyik dengan kereta aje."

Kalau seorang itu tidak ada sombong, tidak lupakan Tuhan, nafsu tidak jadi tuhannya maka poligami tidak jadi masalah. Jangan kata masalah itu kerana bermadu. Ada isteri yang pecahkan cermin kereta suami kerana suami asyik dengan kereta. Kerana tiga sifat tadi, kalau ada suami, ia bergaduh dengan suami, dengan anak-anak dan dengan anggota jemaah. Sebab itu tiga penyakit ini kena dirawat. Lebih-lebih lagi kalau hendak jadi pejuang kebenaran. Bukan senang. Siapa yang bertaqwa, besarlah bantuan Tuhan. Bila ada penyakit individualisma, ia akan menyusahkan keluarga dan maysarakat.

Sekian

 

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer