Cinta Dunia Ibu Segala Kejahatan

Ibu segala kejahatan adalah cinta dunia. Apa maksud cinta dunia? Cinta dunia bermaksud dunia sudah jadi kecintaan kita, sudah masuk ke dalam hati, sudah jadi matlamat, hati dah terpaut dengan dunia. Itulah cinta dunia. Cinta dunia banyak aspeknya, macam-macam aspek. Kalau satu aspek pun lekat di hati kita pun sudah bahaya, betapalah kalau banyak aspek.

Antara cinta dunia ialah cinta pangkat, cinta kekayaan, cinta nama, cinta pujian, cinta glamour, cinta sanjungan, cinta banyaknya pengikut, cinta kuasa dan lain-lain lagi. Ini diantara aspek-aspek dunia yang besar-besar. Cinta dunia tu bukan hanya pada harta saja, Ia umum. Orang miskinpun dapat cinta dunia. Cinta pangkat, cinta nama lagi bahaya.

Dari cinta dunia ini, akan melahirkan macam-macam kejahatan yang lain. Sebab itu dikatakan cinta dunia itu ibu segala kejahatan. Akan lahir sombong, hasad dengki, bakhil, tamak, jatuh menjatuhkan, benci membenci dan lain-lain.

Kalau sudah majoriti manusia begitu, dunia sudah menjadi neraka sebelum neraka. Tak ada kedamaian lagi, tak ada kasih sayang lagi. Akan lahir lagi penyakit lain pula iaitu cintakan diri. Maka ia tak akan fikirkan orang lain. Bahkan ada org cinta diri sampai tidak pedulikan ibu bapa dan keluarga. Kalau dengan ibu bapa, keluarga, anak isteri pun dah tak dipedulikan, dengan org lain betapa lebih parah lagi.

Malas bekerja juga adalah cinta dunia. Mengapa malas? Kerana nak minta-minta saja. Cinta dunialah itu. Biasanya ia tak fikir mak bapak, anak, isteri tak peduli. Ini cinta dirilah. Hidupnya dengan meminta-minta. Terfikirkah oleh kita cinta dunia itu cinta diri? Cinta dunialah itu.

Cinta dunia ibu segala kejahatan, Cinta dunia ni bila dipengaruhi oleh nafsu dan setan, maka berkembang pada luaran. Padahal asalnya perasaan. Yahudi Nasrani sangat mendorong umat Islam untuk cinta dunia.

Bagaimana bermulanya penyakit cinta dunia ini? Kalau 500 atau 1000 tahun dulu kita tak tahu bagaimana cinta dunia itu? Kita tak nampak, yang kita nampak di zaman kita, sedang prosesnya panjang.

Mari kita fikir bagaimana ia terjadi pada umat Islam. Kita tak fikir bagaimana terjadi pada orang kafir yang memang cinta dunia. Di zaman rsaw tak ada cinta dunia, selepas rsaw muncullah sedikit demi sedikit sampailah sekarang ini. Mungkin orang sangka cinta dunia itu berbentuk dunia. Kalau kita cinta duit, cari duit sampai lalai. Ini semua orang perasan.

Orang mulai jatuh cinta dunia yang berbentuk akhirat. Orang awam tak faham, orang tak bertaqwa tak nampak, ia anggap kebaikan, ia anggap sesuatu yang positif. Samada alim atau tak alim, mereka didorong setan untuk cinta dunia berbentuk akhirat. Yang punya diri tak faham.

Orang cinta dunia bermula dengan gila pada fadhilat. Ia cerita fadhilat saja. Masing-masing banyak ibadah, meriah dengan ibadah. Siapa kata itu cinta dunia? Tapi dalam dia cinta fadhilat itu dia cinta dunia, cinta pengikut, cinta dipuji, disanjung, cinta nama, cinta glamour. Orang nampak yang ini. Sama naik. Kalau ibadah macam ni, tak ada nilai di sisi Tuhan. Ibadah sama meriah dengan cinta dunia. Waktu dia banyak ibadah itu dia banyak simpan duit, dah jadi tamak. Ini peringkat awal.

Waktu orang dah mulai rebut dunia, sedang dunia terbatas, maka gelanggang untuk dunia tu dah sempit. Nak rebut pangkat, rebut nama, terbatas. Akhirnya datang penyakit lain yaitu hasad dengki, jatuh menjatuhkan. Betul kata Tuhan, cinta dunia ibu segala kejahatan. Ia melarat larat. Awalnya berbentuk agama, berbentuk akhirat. Ilmu tak banyak, tinggal pada ulama lagi. Awalnya ulama tak banyak, ilmu tak banyak. Tapi kemudian orang yang berilmu semakin banyak. Maka orang kerja dunia boleh berlindung di balik ilmu. Orang tak anggap kejar dunia. Orang tak perasan, berebut-rebut untuk makan gaji atas nama Islam. Jadi mufti, jadi kadi dan lain-lain.

Waktu tu siapa jadi kadi, jadi mufti, orang kata ia orang kuat islam, orang yang perjuangkan Islam. Padahal ia kerja tu untuk cari makan, untuk cari nama dekat raja. Siapa kata itu cinta dunia? Di bidang ilmu dulu, orang berlindung di balik ilmu, untutk cari dunia, cari jawatan. Sementara jawatan tak banyak. Maka timbullah hasad dengki dan jatuh menjatuhkan.

Kemudian kalau dari jawatan tu ruang tak banyak, maka buka sekolah, disitu ada duit, glamour, nama. Orang bagi macam-macam, bahkan ada yang bagi anak gadis. Inilah orang agama, padahal mereka harimau, buaya, tapi orang ramai tak perasan. Orang angap dia wali sedangkan dia dalam cinta dunia. Selepas itu lahir pula penyakit lain, antara pondok pesantren dengan pondok pesantren, berebut murid, nak jaga pengaruh. Terjadi kata mengata, pondok ini tauhid dia tak kuat. Yang lain kata, pondok itu bagus tapi tak ada tasawuf atau syariatnya lemah.

Kalau ada murid berpindah dari satu pondok ke pondok lain, guru tak aku dia murid. Kan ini cinta dunia? Bahkan murid yang pindah tu jadi musuh murid yg masih di pondok.

Kerana gelanggang ini juga terbatas, maka lahirlah pendakwah bebas. Orang kata pendakwah ulung. Padahal tidak, sebab nak buka pondok sudah tak boleh sebab ada ulama yang top-top. Jadi dia buka gelanggang bebas, tak ada jemaah. Kalau buat beramai-ramai kena bagi-bagi duit, tapi kalau seorang tak payah bagi duit pada orang lain. Mula-mula tak nampak komersial, tak minta duit, tapi dah maklum. Orang berdakwah dapat duit.

Akhirnya oramg jemu nak bagi duit, orang kurang bagi duit, bahkan ada yang tak bagi duit. Supaya duit tetap dapat, maka buat perjanjian, baru terbuka tembelang. Nakkan saya kena bayar, bayarkan hotel. Kemudian timbul penyakit lain. Bila pendakwah sudah banyak, datang senget-senget hati. Ini tempat aku berdakwah mengapa tak panggil aku lagi,panggil dia. Timbul penyakit-penyakit lain : hasad dengki satu sama lain. Gelanggang dah sempit utk cari makan. Buka pondok tak boleh, ceramah dah sempit, maka buka gelanggang nasyid, jual suara. Ini bukan kerja orang awam, ini kerja ulama juga.

Akhirnya umat Islam berjuang, ulama berjuang sama taraf dengan orang yang cinta dunia. Gaji minta taraf yang sama. Dulu tak. Dulu guru agama gajinya tak sama dengan guru biasa. Guru agama 80 RM guru biasa 200 RM. Sekarang skimnya sama. Lagilah dunia jadi rebutan. Itulah yang melahirkan Jakim, ustaz-ustaz jawi, guru-guru agama atas nama kerajaan. Dulu pakai serban paling tidak songkok. Bila skim sudah sama, songkok dah tak pakai, ustaz, kadi, DO identiti sama. Maka hasilnya pejuang-pejuang kebenaran yang hak terpaksa berhadapan dengan ahli agama yang mencari dunia atas nama agama. Orang yang memperjuangkan kebenaran jadi terhimpit. Tuhan tak biarkan dia berjuang sendiri. Tuhan bela, sebab tu ada janji Tuhan di akhir zaman.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer