Kisah Keajaiban Roh

Kisah Keajaiban Roh

Seorang pemuda yang telah meninggal dunia telah datang menemui Tsabit Al Banani di dalam tidurnya. Rohnya datang dalam keadaan berserabut, wajahnya pucat lesi, cemas dan gundah gulana. Tsabit dapat melihat di dalam tidurnya itu, pemuda tersebut berjalan dengan tangan kosong sambil air matanya mengalir. Dalam masa yang sama dia melihat semua ahli kubur yang lain memakai pakaian putih bersih serta membawa makanan beraneka macam.

Tsabit pun bertanya mengapakah keadaannya demikian. Pemuda itu berkata bahawa tidak ada seorang pun di dunia yang mahu mendoakan serta bersedekah untuknya. Sedangkan ahli-ahli kubur yang lain mempunyai keluarga dan sanak saudara yang sering berdoa dan bersedekah untuk mereka pada setiap malam Jumaat.

Ibunya masih hidup, tetapi setelah berkahwin lagi, ibunya lupa untuk berdoa dan bersedekah untuknya. "Kini aku telah berputus asa dan sentiasa sedih lagi cemas sepanjang masa," kata pemuda itu. Tsabit pun bertanya tentang ibunya dan di mana dia tinggal serta berjanji akan menceritakan keadaan pemuda itu kepadanya. " Katakan bahawa di dalam bajunya ada wang seratus misgal warisan ayahku. Wang itu adalah kepunyaanku. Nanti dia akan percaya terhadap apa yang tuan ceritakan."

Setelah terjaga, Al Banani terus mencari ibu pemuda itu dan menceritakan kisahnya. Ibu itu jatuh pengsan apabila mendengar kesusahan yang menimpa anaknya. Bila sedar, dia memberikan wang sebanyak 100 misgal tersebut kepada Al Banani untuk disedekahkan dengan diniatkan pahalanya untuk roh anaknya.

Sekali lagi roh pemuda itu datang berjumpa Al Banani di dalam mimpinya. Wajahnya berseri-seri penuh kegembiraan. Kata pemuda "Wahai Imam Muslimin, mudah-mudahan Allah mengasihani engkau sebagaimana engkau mengasihani aku."

sughanalloh

Sungguh suatu pengetahuan yang bermanfaat.

Ternyata Benar Mereka Butuh doa dan sedekah.

Insya ALLAH kami akan membagikan kisah ini kepada sahabat yang lain, semoga bisa ditiru perbuatan baiknya, dan menjadi amal sholeh serta jariah bagi yang menyebarkannya, termasuk kami juga berharap demikian. Amin

Artikel tersebut Insya ALLAH kami salin untuk disiarkan kepada umat muslim yang lain, bila berkenan sudilah kiranya melihat di blog kami.
Iman Hijrah dan Jihad Mobile Blog
http://mekahmadinah.faa.im

Terimakasih.

saya sangat terkesan

saya sangat terkesan di,dengan kisah ini, semoga allah mengampuni kita dan melapangkan rezeki kita

Subhanallah!!

Subhanallah!!

Post new comment

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer