Betulkah Ibadah Itu Agama?

Terima kasih Tuhan kerana Engkau telah menganugerahkan kepada kami peluang untuk berkongsi ilmu. Selawat dan salam kepada junjungan Nabi SAW kerananyalah rezeki ini kita perolehi. Oleh itu marilah kita banyak bersyukur kepada Tuhan dan banyakkan selawat kepada Nabi SAW moga kita menjadi orang yang pandai bersyukur dan seterusnya.

Saya ini sudah 67 tahun umur. Orang tertua di kalangan kita. Katalah 60 tahun dulu saya sudah faham apa erti agama, apa itu kebenaran, setidak-tidaknya sudah dengar. Kalau saudara saudari mungkin 30 atau 40 tahun dulu tetapi saya agak lama. Katalah 7 tahun terbuang begitu saja, kita ambil 60 tahun. Waktu itu terbayang oleh saya kalau ada orang bekata, " Dia itu kuat beragama, dia itu baik orangnya, dia itu bagus orangnya" , apa terbayang oleh saya? Dia sembahyang, puasa, kalau ada duit mungkin pergi haji, hari Jumaat pergi masjid. Sekali-sekala sembahyang jemaah, mungkin sekali sekala kita dengar dia berzikir dan baca Quran. Itulah saya terbayangkan.

Saya tak terfikir waktu itu kalau orang kata polan itu beragama, tak tergambar dia pejuang, berakhlak baik, selalu memperhatikan jirannya, tanya-tanya adakah makanan pada jirannya, kalau tak ada diberinya. Tak terfikir oleh saya, orang itu membayarkan hutang orang, sebab saya tak terfikir itu agama. Memaafkan, tolong orang. Kalau saya, duduk di kampung tentulah cara kampung, pergi bendang tolong orang buat bendang. Tak terfikir. Yang terfikir bila dikata beragama sembahyang, puasa, naik haji, pergi masjid sekali sekala sembahyang jemaah. Masa itu tak faham apa erti taqwa.

Itulah gambaran 60 tahun dulu dan sebelumnya sebab Islam sudah rosak 700 tahun dulu. Sejak 700 tahun bila dikatakan orang beragama dia itu pejuang Islam tak adalah. Fikir dan tolong jiran tak ada. Sekarang nak bahas bila dikatakan agama itu hanya ibadah sahaja. Kalau yang ibadah sahaja sudah betul-betul diagamakan itu dah cukup baik. Sebab, orang masa itu tak terfikir beragama itu ialah berjuang dan berjuang itu dianggap ibadah, itu tak terfikir. Pergi jala ikan dapat ikan bagi jiran itu tak dianggap agama, saya buat contoh sesuai dengan alam saya di Pilin 60 tahun lalu. Kalau ibadah itu sahaja agama, maka kita lupakan aspek-aspek lain.

Betulkah ibadah itu agama seperti yang dimaksudkan? Kita anggap, ibadah yang dibuat orang-orang 60 tahun dulu itulah yang dibuat oleh Rasulullah dan para Sahabat sampai dapat syahid. Sahabat-sahabat sampai ke negeri Cina, samakah ibadah yang dibuat sekarang dengan mereka buat? Marilah kita kaji. Betulkah ibadah itu agama? Betulkah ibadah itu Islam? Ibadah itu apa? Itu tugas. Bila dikatakan ibadah, ta`abbud. Itu sifat orang. Ada yang lahir dan ada yang batin. Orangnya, hamba. Sebab itu Tuhan katakan "tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada Ku" . Rupanya kita beribadah itu sebab kita hamba Tuhan. Hamba Tuhan mesti memperhambakan diri kepada Tuhan. Sebab kita hamba Tuhan

Rasa hamba itu apa? Rupanya agama itu kita kata Ibadah, itu dari Tuhan. Jadi Tuhan ajar manusia nak hambakan diri kepada Tuhan itu macammana, Tuhan tunjuk jalan supaya nak hambakan diri pada Tuhan.

Buat masing-masing sebab rasa kehambaan itu fitrah (natural instinct). Jadi kalau nak dikembalikan kepada fitrah itu, dia sembah-sembah agak-agak, rasa hamba sudah ada, Tuhan dia sudah yakin. Macam mana nak besarkan Tuhan... oleh kerana dia tak dapat jalan dari Tuhan dia ikut rasa sendiri. Niatnya baik tapi cara tak baik, ibadah direka-reka. Sebab itu Tuhan faham, bila hamba, Tuhan masukkan ke dalam hati mereka rasa kehambaan itu fitrah, supaya jangan direka-reka, kalau nak sembah Aku begini, begini, begini, begini begini. Jadi bagi orang yang dapat petunjuk dari Tuhan, setidak-tidaknya ibadah lahirnya betul. Tetapi Tuhan sebenarnya tak nak yang lahir, yang lahir itu dibuat hanya untuk guide yang dalam. Tetapi setidak-tidaknya kalau tak dapat yang batin, yang lahir ikut sama ada bacaan, perbuatan sudah betul. Kalau itu yang dikatakan ibadah belum jadi lagi. Itu sebagai satu simbol atau isyarat bagi yang dalam.

Sebab kalau kita buat contoh dengan selain Tuhan, supaya orang itu boleh teringat seseorang atas dasar kehebatannya, peranannya, istimewanya, kena sebut orang itu, bila sebut nampak macam-macam, kalau tak diingatkan tak nampak. Ibadah lahir setakat itu sahaja.

Katalah kita ada raja, takkan setiap hari kita ingat raja, mungkin setahun sekali waktu nak sambut harijadi dia, orangpun sebut, kerajaan sebut, kenapa sebut? Bukan atas dasar sebut itu saja! Itu sebenarnya nak mengingati ada benda lain yang patut dia sedar.

Katalah Raja Selangor, menyebut sifat lahirnya supaya dapat teringat padanya, tetapi kalau setakat itu sahaja, tak nampak benda-benda lain, sebab itu perlu ingat dulu, lepas itu baru geledah. Macam kita ingat seorang perempuan, kita hayati, ingat sahaja dia, menggeledah. Matanya nampak, telinganya nampak, senyumnya nampak. Jadi bermula dari teringat itu baru mula menggeledah. Kalau saya tak buat tamsil macam ini mungkin tak senang untuk faham ibadah. Ini contoh.

Kalau begitu, rupanya nak abdikan diri pada Tuhan, nak rasakan apa yang ada pada Tuhan, saya buat misal raja, kalau kita kenal raja setakat dia itu kaya, tinggi orangnya, pemarah orangnya. Had itu sahaja. Bila sebut Raja Selangor, nampak tiga sifatnya. Walaupun nampak tiga, sebab tiga benda itu ada padanya. Tapi kalau sebut Raja Selangor tak nampak yang tiga, tak kenal , tak betul. Bila sebut saja nampak yang tiga itu, itu betul.

Jadi kita disuruh ibadah dengan Tuhan menghadirkan diri kepada Tuhan nak merasa apa yang ada pada Tuhan. Kalau kita beribadah pada Tuhan kita sebut Tuhan ingat Tuhan, sebut Allah teringat ada Allah. Had itu sahaja dia tak terasa apa yang ada pada Tuhan, itu bukan ibadah, itu bukan ta`abud. Jadi ibadah yang dimaksudkan liya`buduun. Seolah-olah Tuhan berkata begini "tidak Aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadah pada Aku" iaitu engkau merasa apa yang ada pada-Ku. Kalau Aku berkuasa engkau terasa Aku berkuasa, kalau Aku itu hebat, engkau terasa Aku hebat, kalau teringat sahaja Aku, Aku itu agung, maka terasa keagungan-Ku, kalau "Aku menentukan nasib kamu", sebut sahaja Tuhan engkau terasa Aku Tuhan yang menentukan nasib engkau. Sebut sahaja nama Aku rasa akan Aku menghidupkan, mematikan, nasib engkau Aku yang tentukan. Sebut sahaja nama Tuhan, terasa kun fayakun, bila sebut mati "Mati", mati. Bila sebut "Hidup", hidup. Bila sebut "Binasa", binasa. Kalau Tuhan kata "Gunung runtuh", runtuh. Bila sebut "Dunia kiamat", kiamat. Aku nak engkau rasa itu.

Jadi kalau ibadah, sembahyang, puasa, baca Quran, berwirid, tak terasa apa yang ada pada Tuhan, itu bukan ibadah, rasa kehambaan tak ada, rasa Kuasa Tuhan itu tak ada.

Kalau begitu yang dimaksudkan ibadah dengan sembahyang sahaja meniti di atas makna untuk membantu meneroka di dalam, sebab itu bacaan-bacaan dalam ibadah sembahyang itu kena faham, sebab itu membantu meneroka ke dalam. Kalau wirid, zikir, sembahyang, puasa tak faham makna, macam mana nak meniliti lebih dalam lagi.

Kalau begitu apa yang kita nampak selama ini bila dikatakan orang itu baik beragama, sembahyang, baca Quran, baca Yasin, naik haji dah tak sesuai dengan konsep ibadah. Jadi ibadah yang masih ada pada orang Islam itu yang dimaksud agama jadi sudah bukan agama. Kalau itu jadi ibadah boleh tahan, ertinya asas Islam masih ada.

Tapi kalau dikatakan agama itu ibadah sudah tidak jadi ibadah ertinya 700 tahun umat Islam mati terjun ke Neraka (3X) yang selamat bilangan jari sahaja. Kenapa?

Ibadah yang dikatakan agama itu pun konsepnya sudah berubah, peranannya sudah berubah, ibadah tak jadi ibadah, tak payah dihayati, makna pun tak tahu, ini ajaib.

Ibadah yang sebenar itu nak rasa hamba, nak rasa kebesaran yang ada pada Tuhan. Kalau makna pun tak tahu itu bukan ibadah, padahal tahu makna itu belum tahu lagi nak hayati. Tahu makna boleh membantu untuk rasa, kalau makna yang membantu untuk rasa itupun tak tahu ertinya ibadah yang dikatakan agama itu tak jadi agama.

Betul tak kalau kita nak rasa nak buat ibadah 30 atau 40 tahun dulu, tak tahu makna tak apa yang penting hafal dulu. Kedua lebih-lebih lagi nak rasa kita beribadah apa yang ada pada Tuhan, kalau Tuhan itu hebat itu lagi tak ada. Kalau wirid zikir lagilah, sembahyang yang penting pun tak dicerita konsep sebenar yang lain lagi kecil. Rupanya umat Islam yang masih beribadah kepada Tuhan pun masih tidak jadi ibadah.

Apa yang kita dengar bila ibadah kita nak minta sesuatu dari Tuhan. Tak terfikir aku beribadah Tuhan nak minta sesuatu dari aku. Kita faham sembahyang nak pahala, itu bukan ta`abud. Bila kita puasa minta fadhilat dari Tuhan.

Padahal kita beribadah, Tuhan nak sesuatu dari kita. Konsep ibadah pun dah terseleweng. Seolah Tuhan berkata begini "engkau sembahyang sembah Aku, Aku nak tagih janji engkau takut dengan Aku" . Ini tak kita tagih fadhilat dari Tuhan, itu hak Tuhan mengapa nak tagih hak Tuhan padahal Tuhan nak dari kita sudahkah kita tunaikan?

Saya buat contoh: Katalah di kampung kita ada orang kaya, pemurah ataupun ada raja pemurah, orang besar yang pemurah setiap tahun atau setiap bulan dia beri hadiah. Dia beri itu ada syarat, orang kampung pun pergi nak ambil. Dia punya syarat siapa yang dapat buat begian-begian aku akan beri hadiah. Ada syarat. Orang kampung itu nak hadiah mesti tunaikan syarat. Kita nak hadiah kenapa tak tunaikan syarat? Mengapa? Jangan fikirkan hadiah, tapi fikirkan syaratnya.

Begitu juga Tuhan, nak dapat fadhilat bila kita dapat tunaikan syarat-syaratnya. Dengan kata lain Allah berkata, "Aku akan beri hadiah kepada kamu bilamana kamu bertaqwa atau tidak. Dari sembahyang dan ibadah, kamu jadi orang bertaqwa atau tidak?"

Ada tuntutan Tuhan dari kita dahulu baru dapat. Kita nak dapat dari Tuhan kena fikir dari kita apa? Begitu juga puasa di bulan Ramadhan bila dapat ditunaikan tuntutan kepada Tuhan, baru dapat hadiah. Dengan kata lain segala fadhilat Ramadhan, sembahyang, puasa, baca Quran, wirid zikir kalau bertaqwa atau tidak, kalau bertaqwa jangan susah hati otomatik dapat. Soalnya kamu bertaqwa atau tidak, kalau tak taqwa fadhilat pun tak dapat.

Pernahkah kita diajar begitu sebelum ini? Selama ini kita belajar kalau buat ini dapat ini. Pernahkah kita diajar bila buat ibadah ini perasaannya begini, bila buat ibadah ini perasaannya begini. Perasaan itulah taqwa, itulah ibadah, itulah rasa kehambaan, itulah rasa bertuhan.

Kalau rasa-rasa itu tak ada, fadhilat-fadhilat itu apa ertinya. Tak ada erti apa-apa. Macam seorang raja, lebih-lebih lagi raja sombong dengan kebesarannya, kalau rakyatnya berhadapan dengan dia, apa yang dia suka?

Kalau seorang datang dengan rasa takut raja suka.Kalau seorang datang dengan cekak pinggang kena halau. Buat kurang ajar depan raja. Begitu juga depan Tuhan, Raja segala raja lebih-lebih lagi.

Setelah kita bahas ibadah yang dikatakan agama itu, siapa beribadah dengan baik rupanya tak jadi ibadah. Pergi haji tak jadi ibadah, buat umrah tak jadi ibadah, tertipulah kita selama 700 tahun. Jadi ibadah itu yang Tuhan mahu rasanya sesuai dengan kebesaran Tuhan apa yang ada pada Tuhan. Apa yang ada dia kena rasa, kalau Tuhan besar kena rasa kebesaran Tuhan. Kalau Tuhan beri rezeki terasa Tuhan beri rezeki, bila sihat terasa Tuhan yang beri sihat bukan doktor. Nampaknya ibadah yang bersifat agama pun tak jadi ibadah. Kalau selama ini orang yang beribadah dianggap orang baik rupanya tak baik, orang jahat. Orang macam itu berjuta-juta mati sebenarnya dia orang jahat, beribadah tapi tidak beribadah (sebenar).

Ibadah itu biarlah buatnya sedikit tetapi terasa, biar sedikit tetapi menghayati.

SEKIAN

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer