Apabila Umat Islam Aqidahnya Sekadar Makan, mereka tidak akan takut kepada Tuhan

Apabila umum Umat Islam aqidahnya cukup makan, mereka tidak akan takut kepada Tuhan . Hanya mereka sekadar percaya adanya Tuhan, sahlah mereka menjadi orang Islam,tetapi mereka tidak akan takut dengan Tuhan, Tuhan itu tidak dirasakan hebat dan segala-galanya buat insan.

Kalau mereka tidak takutkan Tuhan, Tuhan anggap mereka jahat dan melakukan penzaliman. Maka wajah mereka bersifat insan, watak mereka haiwan.

Ada berwatak ular, mematuk dan membelit; ada yang berwatak babi, menyungkor dan memakan kekotoran; ada yang berwatak buaya, menyambar dan menelan; ada yang berwatak harimau, menerkam dan membaham. Ada yang berwatak biawak memakan bangkai dan menjilat; ada yang berwatak beruang, mengoyak dan mencakar; ada yang berwatak serigala, menggigit dan memakan. Ada yang berwatak lintah, menghisab darah; ada yang berwatak lipan, menyegat orang. Ada yang berwatak anjing, menyalak dan menggigit.

Begitulah seterusnya, berwatak lain-lain binatang. Kalaulah terjadi berbagai-bagai jenis binatang berada dalam satu kandang,cubalah bayangkan! Kita akan mendapat jawapan, sungguh mengerikan.

Begitulah insan-insan tadi yang berwatak berjenis-jenis binatang, berada dalam sebuah negara. Semua orang mendapat kesusahan, tabiat dan perangai masing-masing menyusahkan.

Begitulah yang terjadi pada hari ini, semua golongan sudah zalim dan curang, daripada rakyat jelata hingga ke pemerintah, maka terjadilah kehidupan sudah tidak ada keamanan.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer