Amal-amal Utama sebelum masuk waktu subuh
Submitted by admin on Tue, 2007-12-18 11:30 Amal-amal Utama sebelum masuk waktu subuh
=== sekian ===
AMAL-AMAL UTAMA SEBELUM MASUK
WAKTU SUBUH
Perlu diingat, dalam kita menunaikan sembahyang sunat ini, janganlah kita
berbuat kerana mengharapkan pahala dan fadhilat. Ibadah itu tidak ke mana
kerana kita beribadah untuk menghambakan diri kepada Tuhan bukan untuk menuntut
ganjaran. Kalau kita cinta kepada Tuhan, buktikanlah dengan pengabdian kita
kepada Tuhan. Jadikan Tuhan itu Rafiqul A`ala (Teman yang Paling Tinggi) tempat
kita berdoa, mengadu, meminta pertolongan, bergantung dan sebagainya. Biar
sembahyang malam kita sedikit tetapi sangat bermakna merapatkan hubungan di
antara kita dengan Tuhan.
1. Sembahyang Tahajjud
Sembahyang sunat di waktu malam setelah bangun dari tidur. Sekurang-kurangnya
dua rakaat satu salam. Boleh dilakukan hingga lapan rakaat (dengan 4 kali
salam). Ditutup dengan sembahyang sunat witir. Firman Allah:
Maksudnya:" Maka bertahajjudlah sebagai
tambahan bagimu, moga-moga Allah akan mengangkat kamu ke darjat yang tinggi
dan terpuji."
2. Sembahyang Hajat
Dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat, sebanyak-banyaknya 12 rakaat
dengan tiap-tiap 2 rakaat satu kali salam.
3. Sembahyang Witir
Sembahyang penutup sembahyang malam. Dilakukan sekurang-kurangnya satu
rakaat, sebanyak-banyaknya 11 rakaat.
4. Berdoa dan Bermunajat
Pohonkanlah pengampunan, ketaqwaan, kemanisan, iman, keseronokan berjuang
pada jalan Allah, ketenangan dalam hidup, rasa bersyukur dan redha.
5. Membaca Al Quran
ADAB BERDOA
1. Berdoa dengan hati yang penuh khusyuk.
2. Melahirkan dukacita dan merendah diri.
3. Melahirkan kehinaan dan kelemahan diri.
4. Baik sangka terhadap Allah.
5. Menyedari keburukan diri sendiri.
6. Membesarkan Allah.
7. Menadah kedua belah tangan.
8. Yakin doa itu didengar dan akan diperkenankan.
9. Memulakan dengan memuji Allah dan berselawat ke atas Rasulullah SAW.
10. Menyapu tangan ke muka bila selesai berdoa.

Doa yang makbul akan disegerakan Allah SWT di dunia lagi. Ada juga yang
ditangguhkan hingga ke Akhirat. Dan ada juga yang tidak dimakbulkan untuk
menyelamatkan manusia itu daripada kerosakkan dunia dan Akhirat yang lebih
teruk lagi. Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya.
Dia Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang terhadap hamba-hamba-Nya.
ADAB MEMBACA AL QURAN
1. Ikhlas dan mengharap redha Allah.
2. Berwudhuk sebelum memegang dan membaca Al Quran.
3. Membaca di tempat yang mulia dan mengadap kiblat.
4. Meletakkan Al Quran atas dari paras pusat umpamanya di atas rehal.
5. Membaca betul mengikut kaedah ilmu tajwid.
6. Merenungi apa yang dibaca yakni memahami maksud bacaan dengan penuhkesedaran.

Firman Allah: "Inilah kitab yang diturunkan
padamu dengan penuh keberkatan supaya mereka memperhatikan keterangan-keterangan
dan supaya orang yang mengerti dapat memikirkannya."
7. Melahirkan rasa gerun dan takut bila membaca ayat mengenai azab dan
kemurkaan Allah, serta minta Allah jauhkan dengan membaca :
"Wal`iyazubillah".
8. Melahirkan rasa kegembiraan dan harapan di hati apabila membaca ayat tentang janji balasan dan nikmat dari Allah, dengan mengatakan "Allahhummarzukna".
9. Memuji Allah bila bertemu ayat-ayat yang memuji-Nya.
10. Bertakbir (Allah Maha Besar) apabila bertemu ayat-ayat yang menyatakan pembohongan orang Yahudi

- 2383 reads
Post new comment