Adab Wanita Keluar Rumah




Adab Wanita Keluar Rumah




  1. Keluar dengan berdoa dan minta perlindungan dari fitnah dan ganguan manusia serta syaitan.
    Doa yang bermaksud :" Dengan nama Alla, aku bertawakal kepada Allah. Tidak ada daya upaya melainkan pertolongan-Nya."
  2. Bila tempat kurang dari 2 marhalah (48 batu) wanita boleh ditemani olehkanak-kanak. Bila perjalanan lebih dari itu hendaklah wanita itu ditemani oleh mahramnya.
  3. Hendaklah menutup aurat kerana:
    a. Mudah dikenali bahawa ia adalah wanita beriman
    b. Tidak ada gangguan
    c. Medapat keampunan Allah Ini tersimpul dalam firman Allah yang maksudnya: " hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu dan anak-anakmu dan juga wanita-wanita yang beriman agar hendaklah mereka menatuhkan (menghulurkan) jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian iut supaya mereka dikenali dan kerana itu mereka tidak akan diganggu. Dan Allah adalah Pengampun dan lagi Penyayang."
  4. Elakkan berjalan di jalan besar yang sesak dengan orang ramai. Hendaklah berjalan di laluan tepi yang bukan laluan umum.
  5. Jangan melahirkan perhiasan yang di dalam (seperti rantai, gelang dan sebagainya) atau menghentak kaki sehingga berbunyi perhiasan itu.
  6. Berjalanlah dengan teratur dan bersopan dan tanpa banyak berbicara.
  7. Jangan memakai perhiasan yang mengghairahkan.
  8. Berpakaian yang berwarna tidak menjolok mata, longgar yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan.
  9. Jangan memakai bau-bauan yang memberangsangkan nafsu lelaki.
  10. Tundukkan pandangan dan kekalkan sifat malu.
  11. Bila berada di perjalanan jangan sekali-kali menegur sapa atau melayan lelaki yang bukan mahram.
  12. Banyakkan istighfar kepada Allah sepanjang perjalanan.

=== sekian ===

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer