Adab Wanita Dalam Bertetangga


Adab Wanita Dalam Bertetangga
1. Memulakan dengan ucapan salam ketika berhubung dengan mereka.
2. Jangan berbual sehingga berlarutan.
3. Jangan banyak menyelidiki hal rumahtangga jiran.
4. Ziarahi mereka di kala mereka sakit.
5. Mengucapkan tahniah di kala mereka memperolehi kegembiraan.
6. Mengucapkan takziah di kala mereka menghadapai bala.
7. Maniskan percakapan dengan keluarga mereka.
8. Memaafkan keterlanjuran dan kesalahan mereka.
9. Menegur kesalahan mereka dengan lembut.
10. Tidak memandang aurat mereka.
11. Memberi pertolongan bila diminta.
12. Menutup keaiban mereka dari diketahui orang ramai.

 

ADAB WANITA DALAM PERGAULAN .

1. Hadapi orang ramai dengan air muka yang manis.
2. Merendah diri.
3. Melakukan segala pekerjaan dalam keadaan pertengahan dan sederhana.
4. Jauhi dari berpaling muka
5. Jangan menganggu orang ramai dalam majlis mereka.
6. Jauhi dari berpura-pura.
7. Melahirkan kegembiraan apabila menerima hadiah dan dengan hati terbuka.
8. Berdiam diri dan mengelakkan pertengkaran.
9. Jauhi dari berludah di hadapan manusia.
10. Kurangkan bergurau senda
11. Sentiasa dalam keadaan kemas dan bau yang harum.
12. Jangan menceritakan kebolehan yang ada pada diri sendiri.
13. Duduklah secara yang paling baik sesuai dengan sifat kewanitaan.
14. Jangan menggunakan isyarat-isyarat tangan yang banyak.
15. Tutupi keaiban suami dan keluarga.
16. Berbicaralah dikala diri tidak dipengaruhi perasaan marah.

 

ADAB WANITA TERHADAP ORANG GAJINYA

1. Tidak memaksa orang gajinya melakukan sesuatu di luar kesanggupannya.
2. Hendaklah bersikap kasihan belas dan bertimbang rasa.
3. Jangan memukul dan menyakiti tubuh mereka.
4. Jangan selalu mencaci mereka dengan ucapan keji.
5. Memaafkan kesalahan mereka dan bertolak ansur.
6. Layani permintaan mereka dan bertolak ansur.
7. Berikan makanan seperti apa yang tuan rumah makan.
8. Tutupilah keaiban mereka.
9. Pastikan urusan kebajikan mereka terjaga.
10. Berikan upahnya setimpa dengan kerja yang dilakukan.

 

TUGAS WANITA DI DALAM RUMAH

1. Keadaan rumah hendakah sentiasa bersih.
2. Sediakan makanan untuk suami tanpa disuruh atau diminta.
3. Pastikan makanan yang disukai oleh suami.
4. Menjahit pakaian untuk suami dan anak-anak.
5. Membasuh dan menyuci pakaian suami dan anak-anak.
6. Memastikan pakaian yang dibasuh hendaklah dijirus dengan air lalu (Air yang dialirkan).
7. Menjaga harta suami tanpa diserahkan kepada orang lain melainkan dengan keizinannya.
8. Mendidik anak-anak supaya menjadi manusia yang beriman dan tidak akan membebankan ibu ayahnya di Akhirat.
10. Menjadi permaisuri dan bidadari kepada suami ketika ia berada di rumah dengan memberi layanan yang baik. Seorang isteri hendaklah menjadikan rumahtangganya sebagai syurga buat suami dan anak-anak.
Tanggungjawab tersimpul dalam sebuah hadis Rasulullah SAW yang berbunyi:
" Apabila seorang wanita menunaikan kewajipannya terhadap Tuhannya, mentaai suaminya dan mengerakkan peralatan tenunannya maka seolah-olah ia membaca tasbih kepada Allah terus menerus. Dan selama mana berkekalan alatan tenunan itu pada tangannya maka seolah-olah dia bersembahyang jemaah. Apabila ia menjerang periuk untuk memberi makanan kepada anak-anaknya nescaya Allah menggugurkan segala dosanya( selain dari dosa besar).

=== sekian ===

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer