Adab Terhadap Binatang


Adab Terhadap Binatang  
1. Menyediakan tempat tinggalnya.
2. Membekalkan makanan yang cukup kepada binatang yang dikurung
3. Jagalah ternakan yang dilepaskan dari masuk ke kawasan orang lain.
4. Hindarkan dari menyeksa binatang ternakan.
5. Rawatilah binatang yang mendapat kecedaraan.
6. Menyesuaikan bebanan untuk binatang ternakan.
7. Jauhilah dari melaknat binatang.
8. Elakkan dari memisahkan anak binatang ternakan dari ibunya tanpa tujuan.
ADAB DALAM PENYEMBELIHAN
Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya Allah telah mewajibkan ihsan terhadap tiap-tiap sesuatu. Apabila kamu membunuh maka elokkanlah pembunuhannya. Dan apabila kamu menyembelih maka elokkanlah penyembelihannya, dan hendaklah salah seorang kamu menajamkan mata pisaunya, dan hendaklah melapangkan binatang sembelihannya."

1. Percepatkan penyembelihannya.
2. Berilah ia minum sebelum disembelih.
3. Janganlah diperlihatkan mata pisau di hadapan binatang itu.
4. Jauhkanlah dari binatang ternakan yang lain.
5. Hindarilah dari menyembelih binatang yang bunting atau yang sedangmenyusukan anaknya.
6. Lepaskanlah segala ikatan agar ia boleh mengakhiri nyawanya dengan tenang.
7. Pastikan ia benar-benar mati sebelum dilapah.
8. Elakkan dari menyekasa binatang yang hendak disembelih.
9. Ucapkanlah syahadah sebelum menyembelih dan menyebut nama Allah ketika menyembelihnya.

 

NAS-NAS TENTANG LAIN-LAIN PERKERJAAN YANG HALAL
1. KRAFTANGAN
Sabda Rasulullah SAW:" TIdak ada satu makanan yang lebih baik bagi seseorang Muslim melainkan apa yang dihasilkan dari kerjatangannya sendiri."
Sabda Rasulullah SAW :" Adalah Nabi Allah Daud seorang ahli tenun (pakar membuat kain) dan tukang membuat baju besi dan tukang baju besi."
2. MENGEMBALA BINATANG
Sabda Rasulullah SAW :" Allah tidak mengutus seorang Nabi melainkan dia itu menggembala kambing."
Sahabat bertanya :"Adakah tuan sendiri sedemikian?"
Baginda menjawab :"Ya, saya menggembala kambing ternakan penduduk Mekah dengan upah beberapa ginath."
3. PERTUKANGAN
Sabda Rasulullah SAW :" Nabi Allah Nuh adalah tukang kayu."
Sabda Rasulullah SAW :" Adalah Nabi Allah Daud ituseorang tukang besi."
4. MENJAHIT
Sabda Rasulullah SAW :" Adalah Nabi Allah Idris itu tukang jahit."
5. BERUSAHA DENGAN TULANG EMPAT KERAT
Sabda Rasulullah SAW :" Salah seorang di antara kamu mahu mengambl talinya, kemudian membawa seikat kayu di atas bahunya, lalu ia menjualnya. Maka Allah akan menutup wajahnya dengan usaha itu. Yang demikian itu lebih baik daripada meminta-minta kepada manusia baik mereka memberi atau mereka menolak."

 

KAEDAH MENILAI BIDANG KERJA

Sesuatu kerja dan perbuatan yang tidak dinayatakan haramnya oleh Al Quran dan sunnah maka dihalalkan.

=== sekian ===

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer