Adab Seputar Masjid


Adab Seputar Masjid
    
      
    
 
   

Adab Menuju Masjid

1. Mula melangkah keluar dengan kaki kanan.
2. Berjalan dengan tenang, jangan tergesa-gesa.

Doa Nabi ketika dalam perjalanan ke masjid: Maksudnya: "Ya Allah, jadikanlah dalam hatiku cahaya, dan lidahku cahaya, dan jadikanlah pada pendengaranku cahaya, dan pada penglihatanku cahaya dab jadikanlah di belakangku cahaya dan di hadapanku cahaya dan dihadapanku cahaya dan di atasku cahaya, dan dibawahku cahaya. Ya Allah, berikanlah aku cahaya."

ADAB MASUK KE DALAM MASJID

  1. Menanggalkan alas kaki dan masuk dengan mendahului kaki kanan. Tatkala memasuki masjid, Rasulullah menganjurkan berdoa:
    Maksudnya:" Aku berlindung dengan nama Allah Yang Maha Agung dan dengan zat-Nya yang mulia dan kekuasaan-Nya yang qadim daripada syaitan yang direjam."
    Barangsiapa mengamalkan doa ini, maka terpeliharalah ia dari gangguan syaitan pada hari itu. (maksud Hadis Nabi).
  2. Ucapkan salam kepada orang yang telah hadir. Jika tiada orang maka ucapkanlah: "Assalamu `alaina wa`ala `ibadillahi solihin."
  3. Mengerjakan sembahyang Tahiyatul Masjid (menghormati masjid).

ADAB DI DALAM MASJID

  1. Duduklah mengadap kiblat.
  2. Mohonlah supaya Allah membuka Rahmat-Nya ke atas kita.
  3. Sentiasalah menyebut nama Allah.
  4. Hadirkanlah Allah ke dalam hati.
  5. Hentikan percakapan tentang hal-hal dunia.
  6. Jauhi dari menghina Islam.
  7. Berzikirlah dengan perlahan.
  8. Elakkan dari melakukan perkara-perkara yang bukan untuk faedah masjid, mencari binatang hilang dan berjual beli di dalam masjid.

ADAB KETIKA AZAN

  1. Berdiam diri. Sabda Rasulullah SAW:
    Maksudnya: "Barangsiapa berkata-kata di waktu azan di takuti penyudah hidupnya dalam suul khatimah."
  2. Menjawab seruan azan. Disunatkan bagi mereka yang mendengar.
  3. Berdoa selesai azan iaitu doa mengiringinya.
  4. Tambah lagi doa permintaan, kerana doa antara azan dan iqamah pastidimakbulkan (maksud Hadis).

 

ADAB SOLAT BERJEMAAH

  1. Solat berjemaah, satu amalan paling utama. Ditinggikan sebanyak 27 darjat melebihi sembahyang bersendirian.
  2. Hukumnya fardhu kifayah.
  3. Jagalah kesempurnaan sembahyang berjemaah:
    • Menjaga saf sembahyang agar sentiasa dalam keadaan rapat dan lurus dari awal hingga selesai sembahyang.
    • Serentak dalam pergerakan perpindahan rukun, tunggu sehingga imam selesai mengucapkan "Allahu Akbar" barulah mulai bergerak.
    • Jauhkan diri dari berlomba atau mendahului imam.

CARA SEMBAHYANG YANG BETUL

  1. Roh sembahyang itu bermula ketika masih berwuduk, duduk awal waktu di saf dan bertafakur lima minit sebelum waktu solat. Sebaiknya disertai dengan selawat Badawi. 1. Merendah diri kepada Allah.
  2. Memahami ayat-ayat yang dibaca dan memikirkannya.
  3. Tenang di zahir dan batin.
  4. Mengawal anggota daripada bergerak tanpa tujuan.
  5. Memahami rukun sembahyang dan mengamalkannya.
  6. Takut kepada Allah (khusyuk)
  7. Rasakan kebesaran Allah ketika bertakbir.
  8. Bertasbih dengan merasakan kehebatan Allah.
  9. Membaca tahiyat dengan membuat pengakuan yang benar-benar terhadap Allah.
  10. Memberi salam ke kanan sebagai keselamatan untuk makhluk Tuhan di zonyang mesti kita tunaikan. Salam ke kiri untuk keselamatan makhluk Tuhan di zon sebelah kiri yang mesti kita tunaikan.
  11. Rasa bersalah, rasa berdosa dan rasa tidak beradab dengan Tuhan dalamsembahyang yang telah dikerjakan. Sentiasa rasa takut dan cemas kalau-kalausembahyang tidak diterima Allah SWT.
  12. Selesai sembahyang beristiqamah dengan berzikir dan duduk tawaruk (sepertiduduk tahiyat awal) Sembahyang yang dihayati akan menghasilkan lima ciri peribadi agung yang akan membina empayar Islam yang gemilang. Di antara ciri-ciri itu ialah:
    1. Berjiwa besar
    2. Berdisiplin
    3. Rajin
    4. Berani
    5. Sabar

 

ADAB KELUAR MASJID

  1. Timbulkan rasa dukacita hendak meninggalkan rumah Allah.
  2. Pohonlah keampunan dan pimpinan Allah agar selamat di luar.
  3. Berniat datang kembali.
  4. Utamakanlah melangkah keluar dengan mendahului kaki kiri sambil berdoa:
    Maksudnya:" Wahai Tuhan, ampunilah dosa-dosaku dan bukakanlah pintu kurnia Engkau untukku." 5. Beri salam kepada orang yang tinggal.

=== sekian ===

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer