Adab Sebelum Tidur


Adab Sebelum Tidur
1. Bersihkan diri dan gosok gigi.
2. Ambil wuduk dan sembahyang 2 rakaat sunat mutlak
3. Tulis wasiat, kerana mungkin kita akan mati dalam tidur nanti.
Letakkanlah wasiat itu di bawah bantal atau pembaringan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
Yang dikatakan orang yang kempunan (dari mendapat pahala itu ialah orang yang tidak membuat maksiat. Riwayat Ibnu Majah.
4. Bentangkan pembaringan mengadap kiblat. Berbaringlah di atas rusuk yang kanan dengan dada mengadap ke kiblat.
5. Berniat dan berazam untuk bangun awal sebelum Subuh kerana hendak bersembahyang tahajud.
6. Bacalah doa sebelum tidur. Seringkas-ringkasnya bacalah:
Allahumma bismika ahyaa wa amuutu
Yang bermaksud:Dengan NamaMu, ya Allah aku hidup dan mati.
7. Bacalah menjelang tidur ayat Qursi, Aamanar Rasul dan Surah Al Ikhlas, Al Falaq, An Nas dan At Talaq.
8. Jauhi daripada berkhayal sebaliknya bertafakurlah meniliti diri sendiri dan menghisab kelalaian diri di hari yang telah berlalu. Bertaubatlah untuk tidak mengulangi kesalahan dan bersyukurlah atas nikmat dapat berada dalam ketaatan di hari itu.
9. Merintihlah atas kesusahan orang lain dan rasakanlah diri berdosa dan lemah kerana tidak berdaya untuk membantu mereka.
10. Ingat tentang kedatangan mati yang secara tiba-tiba.
11. Akhirilah kalam dengan kalimah syahadah.

=== sekian ===

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer