Adab Sebelum Makan


Adab Sebelum Makan 
     
      
  1. Membasuh kedua-dua tangan.
  2. Meletakkan hidangan di atas saprah.
  3. Duduklah dengan sopan iaitu:
    • Duduk dengan meletakkan kedua lutut ke hadapan dan melabuhkan punggung
      ke atas kedua tapak kaki.
    • Meninggikan lutut kanan dan duduk di atas kaki kiri.
  4. Hindari makan atau minum sambil berdiri, berbaring dan bersandar. Sabda Rasulullah:
    Maksudnya:"Tidak aku makan kecuali bersederhana kerana aku hamba Allah maka aku duduk seperti seorang hamba."
  5. Membaca doa sebelum makan.
  6. Mendoakan mereka yang telah berjasa dalam menyediakan makanan itu untuk kita.
  7. Berniat dengan makanan itu mudah-mudahan ia makanan yang berkat supaya dapat menambah kekuatan dalam mentaati Allah.
  8. Makan beramai-ramai. Sabda Rasulullah SAW:
    Maksudnya:" Berhimpunlah kamu kepada makanan supaya kamu diberi berkat di dalamnya."

 

 

=== sekian ===

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer