Adab Murid Terhadap Guru


Adab Murid Terhadap Guru
    
      
  
  1. Mulai memberi salam dan hormat.
  2. Banyakkan berdiam diri.
  3. Meminta izin guru untuk bertanya.
  4. Jangan sekali-kali berhujah dengan guru.
  5. Tunjukkan sikap menerima pendapatnya.
  6. Tidak menyinggung perasaannya.
  7. Duduk bersopan dan tenang di hadapan guru.
  8. Cari masa yang sesuai untuk bertanya.
  9. Sentiasa berbaik sangka dengan guru.
  10. Tidak memandang besar kelemahannya kerana dia juga manusia biasa.
  11. Memberikan segala keutamaan terhadap guru.
  12. Sentiasa merendah diri kepadanya.

ADAB PENUNTUT TERHADAP KELUARGA GURU

  1. Menghormati mereka.
  2. Menjaga harta benda mereka.
  3. Berkasih sayang dengan keluarganya.
  4. Berada di samping mereka di ketika mereka mendapat musibah.
  5. Memberi bantuan atas apa yang diperlukan.
  6. Memelihara keaiban mereka.
  7. Menunjuk sikap yang disenangi oleh mereka.
  8. Jangan mudah berburuk sangka terhadap mereka.

ADAB PENUNTUT TERHADAP Kawan-kawannya

  1. Mendahulukan sahabat dalam soal keperluan hariannya.
  2. Sentiasa bermuzakarah.
  3. Selalu ingat-mengingati kepada kebaikan.
  4. Memelihara harta mereka.
  5. Membantu menyelesaikan masalah mereka.
  6. Sentiasa berusaha untuk menghiburkan mereka.
  7. Sentiasa mendoakan untuk kebaikan mereka.

ADAB PENUNTUT SEMASA DALAM PENGAJIAN

  1. Membetulkan niat semata-mata kerana Allah dan untuk membentuk peribadi mulia serta dapat menegakkan kehidupan menurut Islam sepertimana yang dikehendaki oleh Allah SWT.
  2. Menuntut ilmu fardhu ain terlebih dahulu dari yang lain.
  3. Menumpukan sepenuhnya kepada ilmu yang diajar.
  4. Elakkan dari bertanya ketika guru mengajar.
  5. Segala tindak tanduk hendaklah disenangi guru.
  6. Mentaati dan mematuhi segala perintah guru selagi tidak melanggar syariat.

HAK-HAK DALAM MAKAN MINUM

  1. Seharusnya seorang pelajar menjaga tentang makanan dan minuman. Ambil makanan yang halal menurut syariat. Firman Allah SWT: Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, makanlah daripada makanan yang baik daripada barang yang direzekikan kepada kamu dan bersyukurlah."
  2. Makanan dan minuman yang menyihatkan rohani dan jasmani.
  3. Mengamalkan perkara yang sunat ketika makan dan minum.
  4. Menjauhi memakan yang syubhat dan haram. Sabda Nabi SAW:
    Maksudnya:" Tiap-tiap daging yag tumbuh darpada yang haram, neraka adalah lebih utama baginya." Berkata Sayidina Abas r.a:
    Maksudnya:" Tidak diterima Allah Taala sembahyang orang yang ada di dalam perutnya itu makanan yang haram."
  5. Membanyakkan lapar, dahaga dan berpuasa sunat.
  6. Elakkan dari terlalu kenyang kerana ia boleh menggelapkan hati.
  7. Bersyukur dengan rezeki yang diperolehi serta rasa berterima kasih terhadap sekelian orang yang berjasa yang menyebabkan rezeki itu sampai kepada kita.

ADAB DALAM BERIADHAH DAN BERMAIN

  1. Pastikanlah riadhah itu berfaedah untuk membentuk jiwa dan menambah kemahiran.
  2. Menjaga syariat supaya tidak melanggar hukum Allah.
  3. Elakkan dari menggunakan kalimah yang keji.
  4. Wanita hanya dibenarkan sesuatu yang layak dengannya.
  5. Menutup aurat dan mengenakan pakaian yang sopan.
  6. Jangan sampai hati terus terlupa dengan Allah
=== sekian ===

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer