Adab Menziarahi Orang Sakit




Adab Menziarahi Orang Sakit




2.ADAB MENZIARAHI ORANG SAKIT
Sabda Rasulullah SAW :
Berikanlah makan orang yang lapar, bebaskanlah orang yang diperhambakan dan ziarahilah orang yang sakit.
a.Jagalah perasaannya
b.Gunakanlah perkataan yang menggembirakan dan memberi semangat.
c.Peganglah tangan atau dadanya.
d.Nasihati dia supaya bertenang dan berdoalah untuk kesihatannya.
e.Bawalah buah tangan yang menggembirakan pesakit seperti buah-buahan yang boleh dimakannya.
f.Tenangkanah ia dalam menanggung kesulitan.
Sabda Rasulullah SAW:
Sungguh menakjubkan keadaan orang mukmin itu apabila segala perbuatannya menjadi kebajikan baginya. Tiada yang seperti itu kecuali orang-orang mukmin itu apabila beroleh kesenangan ia bersyukur kerana itu adalah baik baginya. Dan apabila ditimpa kesusahan ia tetap bersabar, kerana itu juga adalah baik baginya.
g.Ingatkanlah ia supaya tidak mengharapkan kematian.
Rasulullah SAW bersabda :
Wahai Abbas paman Rasulullah, janganlah engkau mengharap-harapkan mati. Kalau sebelum ini engkau seorang baik, maka dengan panjangnya umur kamu Allah akan menambah kebaikan-kebaikan bagi kamu. Dan sekiranya engkau berbuat kesalahan, maka janganlah engkau mengharap-harapkan mati.
h.Ingatkan untuk bertaubat.
i.Pesanlah supaya dia tidak mengadu kepada makhluk.
=== sekian ===

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer