Adab Mengiringi Jenazah ke Pekuburan




Adab Mengiringi Jenazah ke Pekuburan




  1. Dahulukan bahagian kepalanya.
  2. Sunat disegerakan perjalanannya ke perkuburan.
  3. Dibolehkan berkendaraan sekiranya tanah perkuburan jauh.
  4. Pengiring atau orang ramai hendaklah berjalan di hadapan jenazah.
  5. Ambillah iktibar dengan menumpukan kematian yang bakal tiba.
  6. Disunatkan membaca Al Fatehah sebaik sahaja mayat hendak dibawa ke kubur.
  7. Bagi sesiapa yang ternampak jenazah yang sedang dibawa ke kubur disunatkan membaca:
    Maha Suci Alla yang tidak mati, Maha Suci Allah yang memiliki lagi bersih, inilah apa yang dijanjikan kepada kami oleh Allah dan Rasulnya. Ya Allah tambahkanlah iman dan keselamatan kami.
  8. Diharuskan beberapa orang pergi dahulu ke perkuburan dan menunggu di sana. Apabila jenazah tiba, mereka hendaklah berdiri, sehingga jenazah itu diletakkan di tanah.
  9. Wanita tidak digalakkan mengantar jenazah ke kubur karena makruh hukumnya.

=== sekian ===

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer