Adab Berhias Diri


Adab Berhias Diri  

a. Berhias melambangkan keperibadian Islam.
b. Apabila mengadap cermin, berdoa
Maksudnya:" Ya Allah, sebagaimana Engkau mencantikkan wajahku tinggikanlah budi pekertiku."

Adab Memakai Serban

a. Berniat ingin mencontohi Rasulullah SAW.
b. Gulungkan kain serban dengan kemas.
c. Sunat memakai serban sambil berdiri.
d. Menjulurkan ekor serban sama ada di belakang atau di bahu kanan.
e. Panjang ekor serban tidak kurang dari empat jari dan tidak lebih dari 1 hasta.
f. Sunat memakai warna putih, hijau atau hitam.
g. Sederhana besarnya.

Adab Bercelak Mata

a. Berniat kerana ingin mengikuti Sunnah Rasulullah SAW.
b. Pilih celak yang baik dan gunakan alat yang panjang lagi bersih.
c. Dahului menyapu di kelopak mata yang kanan 3 kali, kemudian sapu kelopakmata kiri 2 atau 3 kali.

Adab Penjagaan Janggut Dan Misai

a. Menipiskan misai dengan mengguntingkannya, hingga menampakkan warna kulit (bahagian antara hidung dan bibir atas)
b. Jangan biarkan misai panjang hingga mencecah bibir atas.
c. Sunat membiarkan janggut tebal dan panjang sehingga segenggam (selebar lebih kurang 4 jari dari hujung dagu)
d. Guntingkan bahagian hujung janggut supaya bersih dan kemas.
e. Sikat janggut.
f. Jangan mencabut janggut yang ada.
g. Sunat menginai janggut.

Adab Memotong Kuku

a. Berniat kerana ingin mencontohi Rasulullah SAW.
b. Sunat memotong kuku pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat.
c. Mulakan dengan memotong kuku jari telunjuk tangan kanan, diikuti denganjari tengah, jari manis dan jari kelingking.
d. Kemudian dipotong pula kuku jari kelingking tangan kiri, seterusnya jarimanis, jari tengah, jari telunjuk, diikuti dengan ibu jari tangan kiri.
e. Di akhiri dengan ibu jari tangan kanan.
f. Bagi kuku kaki, mulakan dengan memotong kuku jari kelingking kaki yang kanan seterusnya bergerak ke kiri satu persatu, berakhir dengan kuku jarikelingking kaki kiri.

Adab Memakai Cincin

a. Pilihlah cincin yang tidak dibuat dari emas (bagi lelaki haram memakai emas)
b. Boleh dipakai ditangan kanan atau pun tangan kiri.
c. Sunat memakai cincin di tangan yang kanan seelok-eloknya pada jari manis.
d. Dilarang memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah.
e. Sayidatina Aisyah pernah meriwayatkan larangan Rasulullah SAW memakai cincin dijari tengah kerana menyerupai kaum Nabi Lut.
f. Rasulullah pernah menyarankan supaya memakai cincin daripada batu akek. === sekian ===

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer