99: Penutup




99: Penutup




Indahnya hidup bersama Tuhan. Ini dapat dirasakan bilamana kita benar-benar tunduk dan menyerah kepada- Nya. Segala tindak-tanduk kita lakukan bertepatan dengan kehendak Tuhan, dari sebesar-besar perkara kepada yang sekecil-kecilnya. Barulah hati akan rasa puas kerana berjaya menjadi seorang hamba kepada Maharaja segala raja.

Susurilah jalan kebenaran tanpa ragu-ragu dan bimbang. Hasilnya pasti akan dapat dirasakan. Ia memang tidak boleh diakal-akalkan, kerana begitulah ketentuan Tuhan. Sesetengah amalan atau tegahan itu kadang-kadang nampak menakutkan, tetapi itu hanya gambaran buruk yang diberikan oleh syaitan dan hawa nafsu. Apabila benar-benar diikuti, ia tidaklah seteruk atau sesusah mana. Sebaliknya, ia memberikan keselamatan kepada orang yang mahu mengambil berat tentang kehendak Tuhan. Inilah jalan taqwa, jalan yang dijamin keselamatan oleh Tuhan.

Sebaliknya orang yang asyik menitikberatkan kehendaknya sendiri, dia tidak pernah puas dan sentiasa dibelenggu masalah yang tidak berkesudahan. Kerana, orang seperti ini tidak ada pembela dan tidak ada penyelamat baginya. Tuhan lepas tangan terhadap orang sebegini kerana hakikatnya dia bertuhankan dirinya sendiri, bukan Tuhan yang sebenarnya.

=== sekian ===

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer