19 Orang Boros Dan Bakhil
Khianat
Kepada Tuhan Dan Khianat Kepada Manusia
Orang boros ibarat tanah pasir. Kalau dicurahkan sebanyak mana pun atau kalau
datang hujan selebat mana pun, airnya akan menyerap dan pasir akan kembali kering
seperti asalnya.Tidak terhasil apa-apa kebaikan untuk sesiapa pun dan pasir
itu sendiri tidak menjadi subur.
Orang boros tidak menyimpan harta. Kalau dapat sebanyak mana pun harta dan kekayaan,
akan habis dibelanjakannya. Yang sedihnya, cara dia berbelanja tidak mendatangkan
apa-apa faedah dan manfaat. Dia hanya membazirkan kekayaannya. Dia berpeleseran.
Dia berfoya-foya. Dihabiskan hartanya untuk memuaskan syahwat dan nafsu amarahnya.
Dia berjudi, minum arak dan menghabiskan masanya berhibur dengan perempuan yang
bukan isterinya. Dia bermewah-mewah dalam hidup. Apabila berbeli, citarasanya
mahal. Bukan untuk tujuan mendapatkan apa yang diperlukannya tetapi untuk menjaga
status, untuk dikagumi, dipuji dan supaya dianggap "high class".
Golongan fakir dan miskin dan orang-orang yang memerlukan tidak akan mendapat
apa-apa manfaat dari kekayaannya. Orang boros tidak akan membantu golongan fakir
dan miskin kerana tidak menguntungkannya. Dia juga tidak membantu masyarakat.
Yang mendapat untung dari harta kekayaannya ialah tauke kelab malam, tauke disko,
tauke kasino, tauke kedai arak dan perempuan-perempuan yang menjual maruah dan
harga did mereka.
Orang boros tidak memperniagakan kekayaan-Nya dengan Tuhan tetapi dengan syaitan,
Kekayaannya dibelanjakan untuk mengumpul dosa dan bukan untuk mengumpul ganjaran
dan pahala. Lagi banyak kekayaan yang dia dapat lagi jauh dia dengan Tuhan.
Allah memberikan orang-orang boros ini kekayaan sebagai amanah. Supaya ambil
apa yang perlu dan salurkan yang selebihnya kepada fakir miskin, orang-orang
yang memerlukan dan kepada masyarakat. Tetapi mereka gunakan semua kekayaan
itu untuk memuaskan nafsu mereka sahaja. Mereka membolot semua kekayaan itu
untuk did mereka sahaja.
Mereka mengkhianati Tuhan yang mengamanahkan harta kekayaan itu kepada mereka
dan sekaligus mereka mengkhianati golongan fakir miskin, orang-orang yang memerlukan
dan juga masyarakat yang sepatutnya mendapat hak mereka. Orang bakhil pula ibarat
tanah liat. Kalau dicurahkan air atau kalau datang hujan lebat, akan disimpannya
air itu. Lagi banyak air atau lagi lebat hujan, semakin liat jadinya dan semakin
banyaklah air yang ditakungnya. Air itu tidak mengalir dan tidak tidakdan memberi
apa-apa faedah atau manfaat kepada orang lain.
Orang bakhil sama sahaja khianatnya dengan orang boros. Allah bed mereka harta
dan kekayaan sebagai amanah, tetapi amanah itu dikhianati. Segala kekayaan itu
disimpan dan tidak disalurkan kepada fakir miskin dan masyarakat. Mereka khianat
kepada Allah dan mereka khianat kepada manusia.
Bakhil ini ada banyak peringkat. Ada orang bakhil biasa. Dia ambil kekayaan
untuk dirinya sendiri tetapi tidak memberikannya kepada orang lain. Ada pula
orang yang bakhil hakiki. Bukan sahaja hartanya tidak diberi kepada orang lain,
dirinya sendiri pun tidak dibenarkan mengambil harta tersebut. Dia sanggup hidup
susah dan melarat asalkan harta kekayaannya tidak merosot. Dia seronok membilang-bilang,
menghitung-hitung dan mengira-ngira hartanya. Akhirnya dia mati di celah-celah
harta kekayaannya itu seperti semut yang mati dalam gula atau tikus yang mati
dalam beras. Orang yang bakhil hakiki ini hakikatnya miskin. Miskin di dunia
dan miskin di Akhirat.
Segala harta kekayaannya akan ditukar menjadi bahan bakar api neraka.
Orang boros dan orang bakhil hakikatnya tidak bersyukur di atas nikmat Allah.
Syukur itu ada tiga syarat.
Pertama, berterima kasih kepada Allah dengan
lidah.
Kedua, kesyukuran itu dihati.
Ketiga, dibuktikan kesyukuran itu dengan perbuatan.
Membuktikan kesyukuran dengan perbuatan itu
bermaksud membelanjakan dan mengorbankan segala nikmat dan harta kekayaan ke
jalan Allah dan mengikut cara yang Allah mahu. Bukan dengan menyimpan nikmat
atau kekayaan itu atau membazirkannya ke jalan syaitan dan nafsu.
Orang boros dan bakhil bukan sahaja khianat kepada Tuhan dan kepada manusia
tetapi juga merosakkan masyarakat. Orang boros memakmurkan perniagaan yang mungkar
dan maksiat. Mereka menghidupkan kedai arak, disko, kasino, kabaret dan kelab-kelab
malam. Mereka menjadi pelanggan kepada pelacur dan perempuan-perempuan jahat.
Selagi orang boros wujud selagi itulah kegiatan-kegiatan maksiat seperti ini
tidak akan dapat dibanteras.
Orang bakhil pula membekukan aset, harta, wang dan kekayaannya. Wang dan kekayaan
yang tidak beredar dan berputar di tengah masyarakat tidak akan membuahkan apa-apa
hasil. Ia menjadi aset yang terbiar dan tidak dimanfaatkan. Ia seperti memiliki
lembu susu tetapi susunya tidak diperah. Ini membazir juga namanya.
Artikel ini adalah bagian dari buku Pancaran Minda yang berisi pemikiran dan ilham dari Abuya Syeikh Ashaari bin Muhammad At Tamimi |
- 1529 reads
Post new comment