16: Kekuatan Bangsa


16: Kekuatan Bangsa

Sesuatu bangsa itu tidak akan jadi kuat kalau jiwa bangsa itu kosong. Untuk sesuatu bangsa itu menjadi kuat, mesti ada perkara yang dijiwai atau yang dijadikan akidah dan pegangan walaupun perkara itu sesat atau batil. Di antara perkara-perkara tersebut termasuklah agama, ideologi dan bangsa. Sekiranya perkara-perkara ini dijiwai sungguhsungguh serta dijadikan akidah dan pegangan oleh sesuatu bangsa, maka ia akan menjadi satu sumber tenaga dan pendorong dan juga satu ikatan perpaduan dan kesatuan yang kuat bagi bangsa berkenaan.

Banyak bangsa telah menjadi kuat kerana menjiwai keturunan bangsa mereka dan merasakan bahawa bangsa mereka adalah lebih baik dan lebih mulia daripada bangsabangsa yang lain di dunia ini hingga ia menjadi satu akidah dan pegangan bagi mereka. Atas keyakinan ini, bangsa tersebut berjuang membangunkan bangsa mereka dan berusaha menundukkan bangsa-bangsa lain dengan menakluk dan menjajah mereka dengan berbagai cara. Mereka tidak rela duduk di bawah bangsa-bangsa lain. Mereka mahu tawan dunia dan menjadi tuan di dunia ini.

Contoh yang paling ketara yang dapat kita lihat ialah bangsa Yahudi. Bangsa Yahudi ialah satu bangsa yang tertua di dunia. Mereka merasakan bangsa mereka adalah yang termulia di kalangan bangsa-bangsa lain. Mereka mengaku mereka berketurunan nabi dan rasul, mereka anak Tuhan dan mereka berasal dari bangsa Arya yang mereka anggap sangat mulia. Bangsa-bangsa lain mereka istilahkan sebagai “goyim” atau yang setaraf dengan haiwan yang hanya layak untuk berkhidmat kepada bangsa Yahudi. Contoh kedua ialah bangsa Jerman yang juga menghayati bangsa mereka dan merasakan bahawa bangsa mereka ialah bangsa yang terpilih. Mereka juga mahu jadi tuan di atas dunia ini.

Hanya bezanya, bangsa Yahudi berjuang menggunakan akal kerana itulah kelebihan yang ada pada bangsa Yahudi ini. Mereka cuba menawan dan menakluk fikiran bangsa-bangsa lain sehingga mereka itu jadi rosak, lemah dan tidak bermaya dan terpaksa bergantung kepada bangsa Yahudi atau sistem-sistem yang dilagang oleh Yahudi. Bangsa Jerman pula menggunakan kekuatan tentera dan cuba menakluk bangsa-bangsa lain dengan kekuatan ketenteraan mereka. Disebabkan persaingan hebat untuk menakluk manusia ini, bangsa Jerman menjadi sangat benci dan sangat memusuhi bangsa Yahudi kerana Yahudi menjadi pesaing ketat bagi mereka. Justeru itu, berjuta-juta orang Yahudi dibunuh oleh tentera Jerman semasa Perang Dunia Kedua.

Kerana bangsa Yahudi menakluk bangsa-bangsa lain dengan menggunakan akal, maka ia adalah lebih halus, lembut dan berlaku secara perlahan-lahan. Tetapi kesannya sangat mendalam hingga bangsa-bangsa lain tidak terasa dan tidak sedar bahawa fikiran dan cara hidup mereka telah ditakluk, dikawal dan dijajah oleh bangsa Yahudi ini. Dengan itu tidak timbul penentangan yang drastik terhadap bangsa Yahudi oleh bangsa-bangsa lain.

Bangsa Jerman pula, disebabkan mereka berjuang menggunakan kekerasan ketenteraan, maka hampir seluruh kerajaan dunia dan bangsa-bangsa lain turut menentang dengan kekerasan juga dan mereka bersatu untuk menghancurkan Jerman. Rusia yang berfahaman komunis dan Barat iaitu Amerika Syarikat dan Britain yang berfahaman demokrasi pun boleh melupakan perbezaan ideologi mereka buat seketika untuk menghadapi ancaman dari bangsa Jerman ini yang telah menjadi musuh bersama bagi mereka. Maka hancurlah Hitler dan Jerman Nazi.

Bangsa Melayu nampaknya macam hendak menggunakan semangat bangsa atau akidah dan pegangan bangsa juga untuk menguatkan bangsanya. Itulah slogan perjuangan asal parti UMNO iaitu parti Melayu yang pertama. Tetapi lama kelamaan, akidah dan pegangan yang berteraskan bangsa ini menjadi semakin lemah. UMNO berpecah sedikit demi sedikit hingga tertubuh parti-parti Melayu serpihan seperti PAS, Semangat 46, Berjasa, KeAdilan dan sebagainya. Ini semua telah melemahkan kesatuan dan perpaduan bangsa Melayu.

Akidah dan pegangan bangsa Melayu sebenarnya tidak pernah wujud. Bangsa Melayu itu tidak dihayati oleh orang Melayu. UMNO sendiri tidak mewakili majoriti orang Melayu bahkan UMNO memusuhi puak-puak dan kumpulan-kumpulan Melayu yang tertentu. Kalau dicampurkan semua orang Melayu yang menyertai parti PAS, KeAdilan, parti-parti lain dan termasuk juga orang Melayu yang tidak mempunyai parti dan tidak berminat atau sudah bosan dengan politik kepartian, jumlahnya jauh lebih besar dari ahli-ahli yang ada dalam parti UMNO.

UMNO mengaku memperjuangkan bangsa Melayu tetapi itu hanya rhetorik. Tidak ada apa yang dibuat oleh UMNO yang boleh menguatkan bangsa Melayu atau setidak-tidaknya yang boleh membakar semangat orang Melayu. Yang ada hanya umpan mengumpan untuk meluaskan pengaruh. Tidak mungkin UMNO boleh menguatkan semangat Melayu kerana mereka sudah sepakat dengan MCA, MIC dan banyak lagi parti-parti bukan Melayu yang lain di dalam pakatan Barisan Nasional. Memperjuangkan bangsa Melayu, membakar semangat Melayu dan menjadikan Melayu sebagai pegangan dan akidah bagi orang Melayu adalah terkeluar daripada semangat Barisan Nasional.

Kesatuan dan integrasi nasional terpaksa diutamakan oleh UMNO lebih dari integrasi bangsa Melayu. Akan tetapi kewujudan integrasi nasional yang melibatkan berbagai-bagai kaum itu sangat rapuh kerana kelainan minat, keperluan, matlamat, keutamaan dan tuntutan kaum-kaum yang terlibat. Tambahan kepada itu, integrasi nasional yang diperjuangkan tidak mempunyai teras atau asas yang kukuh. Setakat memuaskan kepentingan politik dan ekonomi kaum-kaum yang terlibat sudah tentu tidak memadai, malahan ia mungkin “counter productive.”

Kalaupun UMNO tidak berbuat apa-apa untuk menguatkan bangsa Melayu secara amnya dan menjadikan bangsa Melayu itu satu pegangan dan akidah di kalangan orang-orang Melayu keseluruhannya, UMNO juga tidak berusaha ke arah menanam semangat Melayu di kalangan ahli-ahlinya sendiri. Jiwa Melayu di kalangan ahli-ahli UMNO pun tidak terbangun. Apa yang dapat dilihat ialah budaya kroni untuk merebut habuan dan keuntungan dalam pemberian kontrak dan perniagaan dan budaya politik wang yang berleluasa untuk membeli pengaruh. Kroni sudah tentu tidak ramai. Justeru itu, pihak-pihak yang tersisih dalam UMNO yang tidak menerima habuan dan pihakpihak yang benar-benar mahu memperjuangkan bangsa Melayu menerusi UMNO sudah tentu rasa terkilan dan kecewa dan menarik sokongan mereka. Ini menyebabkan UMNO bertambah lemah. Orang sudah tidak rasa bahawa UMNO itu Melayu atau Melayu itu UMNO. Apa parti pun, kalau asas perjuangan ahlinya ialah wang ringgit dan kekayaan, ia akan menjadi lemah dan orang tidak akan sokong. Orang tidak akan dengar apa pemimpin parti cakap. Orang akan percaya apa yang mereka lihat.

Perkara kedua yang boleh menjadikan sesuatu bangsa itu kuat ialah pegangan dan penghayatan kepada ideologi seperti demokrasi, komunisme dan lain-lain sehingga ia menjadi akidah. Perjuangan atas dasar ideologi boleh merentasi batasan bangsa dan kaum. China contohnya, yang mempunyai berbagai suku kaum, adat resam dan bahasa boleh bersatu dan menjadi kuat disebabkan ideologi komunisme yang mereka hayati. Di samping itu, China boleh bermusuh dengan bangsanya sendiri iaitu Taiwan yang berfahaman demokrasi dan bersahabat pula dengan bangsa asing seperti Rusia hanya kerana mereka menghayati ideologi yang sama iaitu komunisme.

Agama ialah perkara yang paling ampuh untuk menjadikan sesuatu bangsa itu kuat sekiranya ia benar-benar dihayati dan diperjuangkan terutamanya agama Islam. Ini kerana Islam membawa kebenaran dan menguatkan hubungan kita dengan Allah. Apa sahaja yang diperjuangkan atas nama kebenaran atau untuk Allah, maka Allah akan memberikan kekuatan yang luar biasa atau mendatangkan berbagai-bagai bantuan dan pertolongan yang tidak diduga. Islam menjangkau batasan bangsa, bahasa dan keturunan. Ia bersifat universal. Ia tidak diasaskan kepada warna kulit tetapi kepada warna hati. Sesuatu bangsa itu tidak akan dapat mengatasi dan mengubah warna kulitnya tetapi semua manusia tidak kira apa bangsa boleh memutihkan hati mereka dan beriman kepada Allah Taala dan kepada Rasulullah SAW. Hanya syaratnya Islam yang diperjuangkan itu mesti betul-betul mengikut cara yang dilakukan oleh Rasulullah dan bukan mengikut cara politik kepartian atau cara-cara yang lain.

Walaupun bangsa Yahudi mempunyai ketiga-tiga kekuatan yang disebutkan di atas iaitu bangsa, ideologi dan agama iaitu Judaisme atau Judaism, namun ia hanya terhad dan tertumpu kepada bangsa Yahudi sahaja. Tidak ada bangsa lain yang menganut agama Judaisme. Oleh itu berbeza dengan Islam, perjuangan bangsa Yahudi ini tidak universal dan tidak dapat menggunakan kekuatan yang ada pada bangsa-bangsa yang lain. Justeru itu, bangsa Yahudi ini berusaha untuk melemahkan bangsa-bangsa bukan Yahudi atau “goyim” supaya mudah mereka itu diatasi. Yahudi mencipta berbagai-bagai ideologi, falsafah, sistem-sistem seperti sistem ekonomi, kewangan, pelajaran dan sebagainya. Mereka mengawal media massa sama ada media cetak, media elektronik dan juga agensi-agensi berita untuk mengawal dan membentuk fikiran manusia. Mereka lagangkan berbagai bentuk hiburan sama ada perfileman, nyanyian, muzik dan termasuk juga sukan untuk melalaikan dan melemahkan jati diri dan kekuatan spiritual bangsa-bangsa yang lain.

Bangsa Yahudi sendiri tidak terlibat dengan ideologi, falsafah atau sistem-sistem yang mereka cipta itu. Mereka hanya mencipta dan melagangkannya supaya diikut dan diamalkan oleh bangsa-bangsa “goyim” agar bangsa-bangsa “goyim” ini berpecah belah menjadi lemah, mundur dan lalai dan terpaksa bergantung kepada bangsa Yahudi dan sistem-sistem yang telah dicipta oleh bangsa Yahudi.

Karl Marx, seorang Yahudi, mencipta ideologi komunisme, tetapi dia sendiri bukan seorang komunis dan tidak ada Yahudi yang berfahaman komunis. Yahudi mencipta sistem kewangan dan perbankan berunsur riba tetapi riba ini hanya dikenakan terhadap bangsa “goyim”. Orang Yahudi sendiri kalau hendak meminjam wang dari bank Yahudi dikecualikan dari membayar riba ataupun dari mengadakan jaminan atau colateral. Orang Yahudi melagangkan fahaman kapitalisme dalam ekonomi yang menekankan soal keuntungan semata-mata tetapi ini hanya untuk bangsa “goyim”. Mereka sendiri banyak mengamalkan konsep kebajikan sosial seperti “From each according to his means and to each according to his needs” seperti yang mereka pratikkan di kibbutz atau perkampungan-perkampungan mereka di Israel. Malahan, orang Yahudi yang kaya-raya kebanyakannya menjadi bank kepada negara Israel dan bangsa Yahudi. Begitu kukuh dan kuat persatuan mereka.

Banyak perkara dilakukan oleh bangsa Yahudi untuk melemahkan musuh-musuh mereka. Contohnya apabila mereka melihat kekuatan Islam di Turki satu ketika dahulu, mereka merancang dengan teliti selama dua ratus tahun untuk mendatangkan seorang pemimpin bagi bangsa Turki yang akan memusnahkan Islam di Turki. Maka dari zuriat seorang yang berbangsa Yahudi, sebagai anak luar nikah, lahirlah Mustafa Kamal Attartuk yang diberi gelaran “Bapa Turki Moden” yang telah memisahkan Turki dari Islam atas alasan mengejar kemodenan dan menjadikan bangsa Turki satu bangsa dari bangsa-bangsa Eropah. Yahudi tahu bahawa anak luar nikah memang sukar untuk dididik atau untuk menerima kebenaran. Tambahan lagi sebahagian darah yang mengalir dalam tubuh Mustafa Kamal Attartuk itu ialah darah Yahudi. Maka bertukarlah Turki dari satu bangsa Islam yang kuat dan gagah kepada satu bangsa sekularisme yang kebaratan dan yang sangat benci dan memusuhi Islam.

Yahudi sentiasa mencari jalan untuk mempengaruhi pemilihan pemimpin dan para elit di negara-negara lain terutama negara orang-orang Islam dengan berbagai cara dan melalui berbagai pertubuhan. Ini termasuklah melalui pengaruh Amerika Syarikat dan juga pengaruh pertubuhan-pertubuhan seperti Freemason. Yang penting, pemimpin yang naik mestilah orang yang berfahaman sekular dan anti agama.

Mereka juga menggunakan kuasa melobi yang berasaskan wang, kekuatan ekonomi, media massa, “public opinion” dan sebagainya untuk mempengaruhi dasar dan polisi negaranegara kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan Britain supaya apa pun dasar yang dibuat oleh negara-negara tersebut akan menguntungkan Yahudi dan negara Israel.

=== sekian ===

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer