0301 Bahagian 3 - A. Ringkasan Mengenai Imam Mahdi
Submitted by admin on Sat, 2007-10-20 12:49 0301 Bahagian 3 - A. Ringkasan Mengenai Imam Mahdi
Untuk memudahkan pemahaman dan pengajian mengenai aspek-aspek penting Imam Mahdi,
berikut ini diperturunkan ringkasan mengenai beliau, berdasarkan hadis-hadis yang
telah disebutkan terdahulu dan juga daripada penulisan ulama yang mengkaji tentang
Imam Mahdi secara tepat. Hal ini dilakukan oleh beberapa orang ulama dahulu dan
sekarang, dengan tujuan menjadikan pembacaan lebih pantas, terutama untuk memahami
beberapa perkara ang agak sulit untuk difahami sebelumnya. Dalam hal ini, penulis
lebih banyak menggunakan pendapat sendiri iaitu hasil apa yang difahami daripada
hadis-hadis yang telah dikaji dan diteliti. Namun, dasarnya adalah diambil daripada
pendapat penulis lain yang telah sedia mendahului.
Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik |
- 2811 reads
Post new comment