03: Akibat Terlalu Menuntut Hak




03: Akibat Terlalu Menuntut Hak




Manusia mempunyai berbagai jenis hak. Hak-hak yang asas termasuk hak atas agama, diri dan jiwanya, akalnya, keluarga dan keturunannya, kehormatannya dan hartanya. Di samping itu manusia juga mempunyai hak atas manusia yang lain. Walaupun demikian, disebabkan oleh hati yang tidak terdidik dengan didikan Islam dan juga disebabkan karena kurang memahami tentang konsep hak ini sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam, maka manusia telah banyak tersilap dan menyimpang dari jalan yang lurus. Keadaan bertambah buruk apabila pemahaman tentang pemberian dan tuntutan hak yang diamalkan oleh masyarakat sekular dan yang terdapat di dalam adat bangsa terbawa-bawa ke dalam kehidupan masyarakat Islam.

Hak itu telah dianggap sebagai hal yang mutlak. Kalau tidak diberi, ia dianggap sebagai satu penganiayaan yang besar. Satu kezaliman kubro. Ia dapat dibawa ke pengadilan. Dapat pula dituntut di pengadilan. Kalau menang, dapat menuntut ganti rugi sampai ratusan juta rupiah. Ganti rugi yang dituntut itu tidak ada hubungannya dengan hak asal yang dituntut. Macam-macam jenis ganti rugi dituntut. Ganti rugi malu. Ganti rugi ongkos. Ganti rugi tekanan jiwa dan hilang ketenteraman dan berbagai macam bentuk ganti rugi lain yang direka-reka. Akhirnya usaha untuk menuntut keadilan berubah menjadi satu kezaliman. Para pengacara yang mengambil untung di atas hal ini. Lahirlah dalam masyarakat sindrom tuntut menuntut. Manusia sudah menjadi seperti tebuan. Salah sedikit, menyengat. Salah sedikit, menuntut! Hilang sifat redha-meredhai, maaf-bermaafan dan halal-menghalalkan. Ukhwah pecah dan kasih sayang hancur.

Di dalam Islam, walaupun seseorang itu mempunyai hak ke atas orang lain, hak ini berlandaskan kepada kemampuan. Tidak wajib atas seseorang untuk melaksanakan hak orang lain ke atas dirinya dalam keadaan dia tidak mampu. Allah pun melepaskannya dari tanggungjawab tersebut dan dia tidak jatuh berdosa kalau tidak mampu melaksanakannya. Di dalam keadaan seperti itu, dalam Islam digalakkan agar umatnya redha-meredhai, bertenggang rasa, halal-menghalalkan dan maaf-memaafkan. Ganjarannya tetap ada di sisi Tuhan. Dengan ini maka tekan-menekan, desak-mendesak dan tuntut-menuntut yang sangat merosakkan hubungan dan kasih sayang sesama Islam tidak akan wujud.

Pernah berlaku di dalam sejarah, sepasang suami isteri yang telah lama menikah. Si suami masih belum dapat melunasi mas kahwin yang hutang kepada isterinya kerana terlalu miskin. Setelah lama tinggal bersama dan setelah mendapat beberapa orang anak, si isteri yang tidak sabar sering menuntut mas kawinnya dari si suami. Malangnya, si suami yang miskin itu tidak dapat juga melunasi hutang mas kawinnya itu. Suatu hari si isteri hilang sabar dan mengadu kepada Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melihat memang suaminya terlalu miskin dan tidak mampu membayarnya. Lalu Baginda menyarankan bahwa akan lebih baik jika si isteri menghalalkan saja mas kahwin tersebut. Si isteri tetap berkeras, dia tidak setuju dan tidak rela. Dia masih berkeras menuntut haknya dan mau mas kahwin itu dari suaminya. Memandang hal itu, Rasulullah sendiri yang membayar mas kahwin tersebut bagi pihak suaminya. Tetapi sambil Rasulullah SAW membayar mas
kawin itu, baginda bersabda, "Moga-moga tidak ada berkatnya mas kahwin ini." Rupa-rupanya Allah SWT mendengar sabda Rasulullah itu. Kata-kata kekasih Tuhan, kata-kata seorang Sohibul Azman. Akibat membangkang nasihat Rasulullah, akhirnya isteri itu mati di dalam keadaan kufur tidak beriman.


=== sekian ===

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer