02221 5. Ujian Dajjal Amat Berat
A. Sabda Nabi SAW,
“Pada akhir zaman nanti, akan ada ujian yang amat berat sehingga manusia (yang beriman) akan diasingkan (daripada orang-orang kafir, syirik, fasik, munafik dan asi) seperti emas diasingkan daripada batu dan besi.”
B. Kata Hasan bin Atiyah RH, sabda Nabi SAW,
“Yang akan (benar-benar) terselamat daripada fitnah Dajjal itu (dari kalangan orang-orang yang beriman) hanyalah dua belas ribu orang lelaki dan tujuh ribu orang wanita.” (Abu Nuaim)
Keadaan ini adalah sebagai penjelasan sahaja kepada penjelasan yang
telah diberikan sebelum ini. Ujian yang dibawa oleh Dajjal amat
berat hingga tidak tertanggung oleh ramai manusia. Akhirnya ramai
yang mendapatkan Dajjal sambil mengaku ketuhanannya. Dengan ini
terlepaslah mereka daripada derita dunia yang sementara dan jadilah
mereka in sebagai pengikut Dajjal. Hal ini bukan sahaja berlaku
kepada penganut-penganut agama lain di dunia ini, malah ramai juga
umat Islam yang berpaling dan mengikut Dajjal kerana mereka mahukan
makanan dan minuman yang dibawa olehnya itu supaya mereka
terselamat daripada kebuluran yang amat bermaharaja lela.
Yang benar-benar terselamat daripada fitnah Dajjal seperti yang
dimaksudkan itu bukanlah benar-benar sejumlah yang dinyatakan itu.
Jumlah yang dinyatakan itu adalah dari kalangan pemimpin-pemimpin
kanan mereka yang tidak tergugat hati dan iman mereka terhadap
ujian Dajjal itu. Bagi mereka ujian Dajjal ini adalah kecil sahaja
kerana bentuk ujiannya itu dapat dilihat dengan mata kasar dan
sudahpun diketahui sejak awal-awal lagi. Ada ujian yang lebih halus
dan tidak berapa disedari oleh hati manusia, dan bentuk ujian yang
seperti inilah yang lebih mereka takutkan jika dibandingkan dengan
ujian Dajjal itu.
Malah dengan turunnya Dajjal itu, iman mereka yang seramai ini
semakin bertambah tebal dan keyakinan mereka semakin bertambah
kental. Mereka yakin seyakin-yakinnya bahawa memang inilah Dajjal
seperti yang telah disabdakan oleh baginda SAW dalam banyak
hadisnya yang diriwayatkan orang. Kerana itu mereka tidak pernah
takut terhadap ancaman dan dugaan Dajjal itu dan mereka juga
bertambah yakin bahawa Nabi Isa AS akan benar-benar turun untuk
menyelamatkan mereka daripada Dajjal itu.
Orang-orang Islam yang lain itu juga terselamat daripada fitnah
Dajjal tetapi ada yang hanya mampu bersabar dan ramai pula yang
kurang sabar dengan keadaan yang amat tidak menyenangkan mereka
itu. Mereka ini bukanlah golongan yang akan mendiami kedudukan
syurga yang tinggi kelak, mereka hanya akan mendapat kedudukan
syurga yang biasa, sesuai dengan tahap kesabaran dan keimanan
masing-masing. Setiap orang daripada mereka ini akan melapik perut
dengan batu besar untuk mengelakkan dari rasa pedih di dalam perut
kerana telah sekian lama tidak menerima makanan. Jika makan pun,
tiada yang benar-benar berkhasiat dan enak. Air susah didapati
manakala makanan hampir tiada lagi diperoleh walau di mana pun.
Ingatlah, hati yang tidak kuat dengan Allah SWT adalah hati yang
lemah, sakit dan tidak pernah puas dan tenang. Itulah yang akan
terjadi kepada manusia yang hatinya bertumpu kepada dunia
semata-mata tanpa memikirkan makanan rohnya yang mesti diutamakan.
Makanan hati ialah zikir dan menimba ilmu yang yakin. Orang yang
kuat keyakinan kepada Allah SWT tidak pernah gentar menghadapi
perjalanan hidup. Apa sahaja cubaan yang datang akan dihadapi
dengan tenang dan mereka juga tidak mudah dipengaruhi oleh sebarang
bentuk dugaan dan tarikan. Akhirnya mereka inilah golongan yang
berjaya di dunia dan berjaya pula di akhirat.
Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik |
- 3552 reads
Post new comment