02207 43. Rom Kalah dengan Empat Takbir
A. Sabda Nabi SAW,
“Al-Mahdi akan menundukkan Romawi dengan meneriakkan empat kali takbir, lalu membunuh 600,000 nyawa. Dia akan mengeluarkan apa sahaja yang ada di Baitulmaqdis, Peti Tabut, maidah Bani Israel, Kalam Radhad, Halah Adam, tongkat Nabi Musa AS, mimbar Nabi Sulaiman AS, alat penyukat daripada Manna (wa Salwa) yang dijadikan dari tanah dan berwarna amat putih, yang Allah turunkan untuk Bani Israel dahulu. Al-Mahdi kemudian akan memasuki kota Qatik yang berukuran panjang 1,000 batu dan 500 batu (lebarnya), memiliki 360 pintu, yang mana setiap pintunya dijaga oleh 1,000 orang askar. Kemudian mereka meneriakkan empat kali takbir, maka runtuhlah benteng kota Qatik itu. (Mereka memasukinya) lalu merampas seluruh harta yang ada di dalamnya. Mereka kemudian tinggal di sana selama tujuh tahun. Semua harta yang ada di kota Qatik itu dipindahkan ke Baitulmaqdis. Kemudian ada berita yang menyatakan bahawa Dajjal telah keluar di tengah-tengah kaum Yahudi Asbihan.”
Hadis ini menjelaskan keadaan negara yang akan ditakluk
oleh Imam Mahdi itu iaitu negara yang pada hari ini dikenali
sebagai Amerika Syarikat. Negara itu memang sebuah negara yang amat
luas, tinggi tamadunnya, lengkap persenjataannya, kuat pertahanan
negaranya dan ramai jumlah askarnya. Mereka juga sangat menjaga
sebarang kemasukan pasukan tentera ke dalam negaranya dan tinggi
pula kelengkapan ketenteraan mereka. Dengan demikian mereka berasa
bahawa tidak akan ada suatu kuasa pun yang dapat mengalahkan
mereka. Dalam keadaan seperti itulah mereka dikalahkan dengan amat
mudah oleh Imam Mahdi dan pasukan tenteranya.
Selepas kekalahan Amerika Syarikat ini, seluruh benua Amerika Utara
yang meliputi Kanada juga turut takluk di bawah penguasaan Imam
Mahdi dan tentera Islam. selepas penaklukan ke atas Amerika
Syarikat ini, Imam Mahdi menumpukan pula perhatiannya ke Amerika
Selatan, dan berjaya mengalahkan benua yang penuh sesak dengan
penduduknya itu dalam masa yang singkat. Perlawanan-perlawanan yang
diberikan tidak bererti apa-apa lagi kerana mereka tidak mendapat
bantuan daripada kuasa Kristian Eropah, yang pada masa itu sedang
sibuk berperang dengan tentera Islam. Akhirnya mereka hanya melihat
sahaja kekalahan benua Amerika Selatan, iaitu pusat penganut
Kristian terbesar di dunia itu ke tangan tentera Islam tanpa dapat
berbuat apa-apa lagi. Itulah kekecewaan yang sangat besar, paling
memilukan dan pukulan terhebat bagi kuasa Kristian di Eropah.
Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik |
- 2287 reads
Post new comment