02201 37. Imam Mahdi Dibantu oleh Orang Timur
A. Dari Abu Hurairah RA katanya, Nabi SAW bersabda,
“Apabila berlaku pembantaian (Al-Malhamatul Kubra) di padang pertempuran, maka Allah akan mengirimkan satu rombongan (tentera tambahan) dari puak Mawali. Mereka adalah bangsa (bukan) Arab yang sangat dimuliakan, mahir menunggang kuda dan cekap bermain senjata. Agama Islam akan ditolong oleh Allah melalui pertolongan mereka.” (Ibnu Majah)
Hadis ini menceritakan mengenai kelebihan bangsa Timur, iaitu puak
Mawali yang Allah SWT muliakan mereka pada akhir zaman ini. Melalui
merekalah Allah SWT muliakan agama ini. Maknanya, apabila Allah
muliakan agama Islam melalui mereka, maka bangsa itu perlulah
terlebih dahulu mulia kerana hanya orang-orang yang mulia sahaja
yang akan dapat memuliakan agama Allah ini. Orang atau bangsa yang
hina tidak akan dapat menjadikan agama ini mulia. Hanya bangsa yang
mulia sahaja yang akan dapat menjadikan sesuatu yang mulia itu
mulia. Hal ini pernah berlaku kepada bangsa-bangsa terdahulu
seperti orang-orang Israel pada zaman Nabi Musa AS dan orang-orang
Arab pada zaman Nabi Muhammad SAW.
Sehubungan itu, bangsa-bangsa lain perlulah memandang bangsa Mawali
ini sebagai bangsa yang mulia, sesuai dengan taraf kemuliaan mereka
dan juga kerana Allah SWT sendiri yang telah memuliakan mereka.
Maka patutlah pula kita memuliakan bangsa Timur yang disebutkan
itu, jika kita mahu kita turut dimuliakan, kerana mereka adalah
bangsa yang dimuliakan oleh Allah SWT.
Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik |
- 3446 reads
Post new comment