02191 27. Siapa al-Qahtani itu
A. Kata Kaab al-Akhbar RH,
“Makhzumi (dilantik) menjadi pemimpin, tetapi kemudian (dia) mengundur diri. Lalu ada susuk seorang manusia yang tangkas, berbadan tinggi dan berbahu lebar. Dia membunuh setiap orang yang berselisih jalan dengannya, sehinggalah dia sampai ke Baitulmaqdis lalu dia mati di sana (sebaik sahaja masuk). Dia ini amat zalim dan aniaya. Setelah itu ada seorang (pemimpin) yang berbuat baik, kemudian al-Qahtani menjadi pemimpin. Dia berakhlak seperti akhlak saudaranya, iaitu al-Mahdi.”
Yang dimaksudkan di sini adalah pemimpin di suatu kawasan,
iaitu sebagai wakil khalifah bagi Imam Mahdi. Orangnya tidak
disebutkan dengan jelas, hanya disebutkan gelarnya iaitu
Al-Makhzumi. Pemimpin ini kemudian berundur kerana masalah yang
tidak dapat dielakkan, dan pengundurannya diterima oleh Imam Mahdi
dan Pemuda Bani Tamim. Pengundurannya itu menyebabkan berlaku
sedikit kegemparan sehingga ada yang tidak dapat menerima
pengunduran itu dan marah-marah, sambil memukul setiap orang yang
ditemuinya. Perbuatannya ini menyebabkan Imam Mahdi marah kepadanya
lalu tempat pemimpin yang berundur itu digantikan oleh seorang
lelaki lain yang lebih adil dan baik (soleh). Selepas itu barulah
Al-Qahtani menjadi pemimpin di tempat itu, sebagai wakil khalifah
kepada Imam Mahdi. Al-Qahtani itu sebenarnya bukan adik-beradik
kepada Imam Mahdi seperti yang selalu difahami oleh kita
berdasarkan istilah ikhwan yang digunakan.
Maksudnya yang sebenar, Al-Qahtani itu adalah salah seorang anggota
Ikhwan Imam Mahdi, yang huraian mengenai golongan Ikhwan itu sudah
diberikan pada bahagian sebelum ini. Ternyata pula bahawa Ikhwan
yang diberi tugas besar ini mampu melakukannya dengan baik sehingga
dikatakan akhlaknya hampir menyamai dengan akhlak Imam Mahdi
sendiri. Itulah dia pemimpin sejati, yang mampu mendidik
pengikutnya sehingga benar-benar menjadi celupan kepada peribadi sebenar pemimpinnya.
Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik |
- 4503 reads
Post new comment