02183 19. Imam Mahdi Membunuh Kalb
A. Sabda Nabi SAW,
“Orang yang gagal adalah orang yang gagal (membantu) pada hari (pembunuhan) Kalb, walaupun hanya sekadar mengikatkan kakinya sahaja.” (Osman bin Said)
B. Sabda Nabi SAW,
“Rugi besarlah bagi sesiapa yang tidak menyaksikan penyembelihan Kalb. Al-Mahdi akan membahagikan harta, memerintah manusia berdasarkan Sunnah Nabinya dan menyebarkan Islam ke seluruh dunia. Maka dia tinggal di dunia selama tujuh tahun, kemudian meninggal dunia dan akan disembahyangkan oleh seluruh kaum muslimin (di seluruh dunia).” (Abu Daud & Al-Hakim)
Ada dua kemungkinan besar yang dikatakan sebagai Kalb itu iaitu
kuasa-kuasa besar Eropah yang terdiri daripada Great Britain dan
Perancis. Kedua-duanya adalah musuh ketat kepada Islam, walaupun
penduduk di kedua-dua negara itu ramai yang beragama Islam.
Kemungkinan kedua adalah Israel kerana pemimpin Israel adalah paman kepada Amerika Syarikat dan Eropah. Kerana itu
pemimpinnya ditangkap lalu dibunuh seperti orang menyembelih seekor
kambing korban.
Namun, berdasarkan ramalan Nostradamus, pemimpin yang dikatakan
ditawan dan dibawa ke Malaysia adalah dari Eropah iaitu pemimpin
Scotland. Kalb yang dimaksudkan oleh Nostradamus itu adalah Pope
yang mati terbunuh di Perancis, semasa berada di kota Avignon.
Begitulah menurut ramalan Nostradamus yang jika dilihat baik-baik,
lebih bersifat memperincikan lagi apa-apa yang telah disebutkan
oleh baginda SAW, para sahabat RA dan tabiin RH beratus-ratus tahun
sebelum Nostradamus itu lahir.
Setelah tamat Perang Salib terakhir dan terbesar itu, yang juga
merupakan Perang Dunia Ketiga, kali ini bukan lagi antara Britain
dengan Jerman dan sekutu masing-masing, tetapi antara Asia dengan
Eropah atau lebih tepat lagi antara Kristian dengan Islam. Perang
kali ini adalah perang agama yang terbesar yang pernah berlaku
dalam sejarah kerana setelah tamat perang Islam-Kristian ini, lebih
satu pertiga penduduk Eropah mati terbunuh, manakala yang
selebihnya akan mengaku kalah dan ramai yang memeluk agama
Islam.
Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik |
- 2816 reads
Post new comment