02182 18. Mencari dan Membunuh As-Sufyani dan Kalb
A. Kata tabiin RH,
“Ketika al-Mahdi mendengar berita tentang terbenamnya pasuka as-Sufyani di al-Baidak, yang ketika itu dia sedang berada di Makkah, terus keluar bersama-sama 12,000 orang pasukan, yang di antaranya adalah para Wali Abdal hingga sampai di Ilyak. Bersamaan dengan itu, ketika as-Sufyani mendengar berita tersebut, dia bercadang mahu menyerah diri kepada al-Mahdi tetapi dicela oleh pamannya iaitu Kalb. Kemudian dia menyerang al-Mahdi (tetapi tewas) dan terus ditangkap. Al-Mahdi berkata, “Inilah dia orang yang menentang perintahku.” Kemudian diambil keputusan untuk memenggalnya di atas batu di Ilyak. Seterusnya al-Mahdi mencari Kalb dan membinasakannya.”
As-Sufyani adalah pihak yang sangat kuat menentang Imam
Mahdi sehingga akhirnya pasukan tenteranya tenggelam ke dalam
tanah, akibat kederhakaannya kepada kekuasaan Islam. Ternyata
bahawa As-Sufyani itu tidaklah sehandal mana kerana mereka
sebenarnya pada masa itu, sudah merasakan kekuatan roh tentera
Islam manakala mereka sendiri terasa inferior. Perlawanan yang
tidak bererti sangat itu hanyalah dikeranakan kedegilan para
pemimpin utamanya yang mahukan juga peperangan. Akibatnya, apabila
berlaku peperangan mereka dengan mudah sahaja tewas kepada
askar-askar Islam yang amat hebat itu.
Imam Mahdi sendiri semasa melakukan penaklukan terhadap Eropah itu
memakai serban berwarna biru dan dengan bantuan para wali Allah dan
malaikat, tentera Islam berjaya mengalahkan tentera Eropah yang
bersatu itu. Lama masa peperangan di Eropah ini adalah dua puluh
tiga tahun menurut ukuran kita pada hari ini atau ukuran di Eropah
sendiri, manakala menurut pandangan tentera Imam Mahdi (tentera
Islam sendiri) masa yang diambil untuk menakluk Eropah itu adalah
selama tujuh tahun tujuh bulan. Lihat pada bahagian berikut untuk
mengetahui dengan tepat maksud angka-angka itu.
Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik |
- 2719 reads
Post new comment