02163 28. Maksud Sebenar Imam Mahdi
A. Abdullah bin Umar RA mendengar ada seorang Arab menyebutkan di hadapannya bahawa Al-Mahdi itu adalah Khalifah Muawiyah bin Abi Sufian. Abdullah RA (menjelaskan dengan) berkata,
“Itu bukanlah seperti yang kamu kata. Al-Mahdi adalah orang yang Nabi Isa AS bersembahyang di belakangnya.” ( Ibnu Tawus)
Sayidina Abdullah bin Umar RA adalah salah seorang sahabat besar
yang sangat alim dan mendalam ilmunya terhadap setiap persoalan
agama Islam, juga sangat peka terhadap setiap perubahan yang
berlaku pada zamannya. Oleh itu, beliau dengan mudah dan tegas
menjelaskan bahawa orang yang bergelar Imam Mahdi adalah orang yang
lebih hebat keperibadian dan pemerintahannya daripada Sayidina
Muawiyah bin Abi Sufian sehingga Nabi Isa AS yang bertaraf rasul
Ulul Azmi itupun bersembahyang di belakangnya sebagai makmum. Nabi
Ilyas AS yang juga seorang rasul itupun turut menjadi makmum kepada
Imam Mahdi. Khidir AS juga tidak pernah menjadi imam sembahyang
kepada Imam Mahdi, sebaliknya hanya menjadi salah seorang makmum
sahaja kepada Imam Mahdi. Orang yang mampu mencapai tahap
sedemikian hebat itu, barulah dapat dikira sebagai Imam Mahdi.
Kelebihan Imam Mahdi yang satu ini tidak mampu dicapai oleh sesiapa
pun, termasuk kalangan Sahabat Rasulullah SAW sendiri, seperti
Sayidina Muawiyah bin Abi Sufian RA.
Secara tidak langsung juga Sayidina Abdullah bin Umar RA
menjelaskan maksud sebenar Imam Mahdi iaitu apabila dia memerintah,
seluruh pemimpin lain, sama ada yang Islam mahupun yang tidak
Islam, akan tunduk semuanya di bawah pemerintahan beliau. Malah
orang-orang yang bertaraf rasul dan Ulul Azmi pun hanya boleh
menjadi makmum kepada beliau. Itulah maksud sebenar Imam Mahdi yang
dikehendaki oleh baginda Rasululllah SAW dalam sekian banyak hadis
yang menceritakan mengenainya.
Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik |
- 3060 reads
Post new comment