02160 25. Malaikat Menjaga Imam Mahdi
A. Kata sahabat RA,
“Allah menugaskan malaikat seramai 3,000 untuk mengawal al-Mahdi sambil memukul orang yang memusuhi dan menentang al-Mahdi.”
B. Dari Huzaifah RA katanya, Nabi SAW bersabda,
“Kalaulah tidak tinggal umur dunia melainkan sehari sahaja lagi, pasti akan dipanjangkan oileh Allah hari itu sehingga didatangkan-Nya seorang lelaki dari ahli keluargaku, yang berdiri malaikat di antara dua tangannya dan dia akan mengembangkan agama Islam.”
Imam Mahdi adalah seorang pemimpin umat yang sentiasa
mendapat bimbingan, bantuan dan petunjuk daripada Allah SWT
sepanjang masa. Pemimpin beginilah yang sepatutnya setiap umat
Islam berlumba-lumba mencari dan melantiknya sebagai pemimpin. Jika
tidak berbuat demikian, maka kita sendirilah yang akan rugi nanti.
Allah tidak akan rugi apa-apa dan Jadual-Nya tetap akan berlaku
juga. Kita tahu atau tidak, kita faham atau tidak, kita mahu atau
tidak, Jadual-Nya tetap akan berlaku juga, walau dengan apa cara
sekalipun.
Selain itu, Allah SWT akan menugaskan seramai tiga ribu atau empat
ribu malaikat untuk menjaga, mengawasi, membantu dan membimbing
Imam Mahdi. Mereka ini adalah petugas-petugas yang amat taat, tidak
pernah tidur, tidak pernah lalai dan tetap menjalankan tugas
apabila diperlukan. Mereka tidak pernah meminta upah terhadap
apa-apa tugas yang mereka jalankan dan tidak pernah dapat ditipu
oleh mana-mana orang pun.
Penugasan malaikat untuk membantu Imam Mahdi ini adalah juga
merupakan suatu lambang bahawa Imam Mahdi itu benar-benar Orang
Allah. Hanya orang Allah sahaja yang layak mendapat bantuan-Nya
yang diturunkan dalam pelbagai bentuk dan cara. Dan keistimewaan
Imam Mahdi ialah beliau diserahi dengan tiga ribu atau empat ribu
malaikat yang ditugaskan untuk menuruti segala perintahnya.
Dengan bantuan malaikat inilah juga, umat Islam akan dimenangkan
setiap kali mereka menentang musuh mereka iaitu orang-orang kafir
yang melawan. Malaikat adalah makhluk yang tidak dapat dilihat oleh
manusia biasa dan kekuatan mereka adalah amat besar, sebesar yang
dikehendaki oleh Allah. Maka mustahil kekuatan malaikat dapat
dikalahkan oleh manusia biasa, apatah lagi yang melawannya itu
adalah orang-orang kafir yang memusuhi Islam.
Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik |
- 3340 reads
Post new comment