02152 17. Jemaah Haji Turut Membaiatnya
A. Kata sahabat RA,
“Orang ramai pergi menunaikan haji. Mereka lalu berwukuf di Arafah tanpa seorang imam pun (yang memimpin mereka bersembahyang). Lalu di Mina, berlaku pemberontakan dan mereka (yang sedang berhaji) dibunuh di sana sehingga darahnya mengalir daripada (Jamratul) Aqabah. Mereka lalu meminta pertolongan daripada seorang yang dihormati. Mereka mendatanginya yang mana pada ketika itu dia sedang menyandarkan mukanya di Kaabah sambil menangis. Mereka berkata kepadanya, “Ke sinilah supaya kami (dapat) membaiat kepadamu.” Dia menjawab, “Celaka kamu semua ini, berapa banyak perjanjian yang telah kamu ingkari dan berapa banyak darah yang telah kamu alirkan?” Kemudian dengan terpaksa dia dibaiat. Jika kamu semua menemuinya, maka berbaiatlah kepadanya. Sesungguhnya dia adalah al-Mahdi di bumi dan al-Mahdi di langit.”
Disebutkan bahawa Imam Mahdi itu dicari dan dibaiat oleh
orang ramai, bukan dia yang meminta orang ramai membaiatnya. Jika
dia meminta orang ramai membaiatnya, maka itu bukanlah Imam Mahdi
kerana Imam Mahdi tidak pernah meminta orang melantiknya sebagai
pemimpin mereka. Sebaliknya merekalah yang mencarinya ke sana ke
mari dan memintanya menjadi pemimpin mereka. Itulah yang sebetulnya
sifat-sifat Imam Mahdi tulen. Orang Allah tidak pernah meminta
simpati orang kepadanya tetapi Allahlah yang menggerakkan hati
orang ramai untuk memilihnya sebagai pemimpin mereka.
Itulah kaedah pelantikan pemimpin dalam Islam. pemimpin yang
dilantik tidak pernah menyorongkan muka kepada orang ramai agar
mereka memilihnya sebagai pemimpin. Pemimpin sejati dalam Islam
dilantik sebagai pemimpin atas kerelaan orang ramai tanpa dia
meminta agar dipilih ke jawatan itu. Namun kaedah ini pada hari ini
dianggap sebagai suatu yang sangat mustahil berlaku. Kenapa
anggapan demikian dirasakan benar? Salah satu sebab utamanya adalah
kerana orang yang menawarkan dirinya untuk menjadi pemimpin manusia
itu adalah orang-orang yang bukan merupakan Orang Allah. Hanya
orang Allah sahaja yang akan dilantik oleh orang ramai tanpa
dipinta.
Lihatlah bagaimana para Khulafa dahulu dilantik ke jawatan
khalifah. Mereka tidak pernah meminta orang ramai memilih mereka
sebagai pemimpin manusia, jauh sekalilah daripada pergi berkempen
ke sana ke mari, jauh sekalilah juga daripada mencerca lawan-lawan
politiknya, lagi jauhlah daripada memohon simpati dan menabur
janji-janji manis yang entah ditunaikan entahkan tidak itu. Mereka
dipilih atas kerelaan orang ramai sedangkan mereka tidak keluar
rumah pun untuk tujuan itu. Mereka juga tidak bersembahyang hajat
agar mereka dilantik sebagai pemimpin dan tidak pernah berdoa agar
dilantik sebagai pemimpin. Itulah politik Islam yang sebenarnya dan
itulah punca naiknya Islam sebagai kuasa dunia yang terunggul.
Pemerintahan mereka amat diberkati oleh Allah SWT.
Apabila ini berlaku, maka datanglah pertolongan Allah kepada umat
Islam satu persatu selepas itu, datang kepada mereka dari langit
seperti turunnya manik-manik tasbih yang terputus daripada benang.
Itulah perumpamaan yang tepat untuk menggambarkan bentuk turunnya
pertolongan Tuhan kepada mereka. Mereka ini pula setelah tahu
bahawa pertolongan Allah turun kepada mereka, tidak pula bangga
tetapi semakin banyak bersyukur dan semakin giat lagi bertasbih
kepada Allah. Sifat mereka ini digambarkan oleh Al-Quran sendiri
seperti yang terdapat dalam keseluruhan Surah
An-Nasr.
Dengan cara ini negara Islam akan terbentuk dengan sendiri, tidak
mempunyai sempadan politik dan geografi dan tidak mempunyai batasan
yang nyata. Semuanya sama dan semuanya mendapat perlindungan yang
sepatutnya dan mendapat perhatian yang sama berat oleh pemerintah
mereka. Tidak wujud dalam Islam istilah parti pembangkang kerana
dalam politik Islam yang mengamalkan sistem berkhalifah, setiap
pembangkang adalah penderhaka yang wajib diperangi sampai mereka
bertaubat. Jika tidak bertaubat, wajib pula dibunuh dan darah
mereka halal ditumpahkan. Hal ini pernah berlaku semasa Sayidina
Abu Bakar RA memerintah, dalam peristiwa yang amat dikenali iaitu
Ar-Riddah. Itulah bentuk pembangkang dalam Islam. Tidak akan ada
dua pihak yang boleh memerintah sesebuah negara Islam. jika ini
berlaku, menurut hadis, pemimpin yang kemudian itulah yang wajib
dibunuh dan diperangi.
Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik |
- 2312 reads
Post new comment