02149 14. Tempat Umat Islam Membaiat Imam Mahdi
A. Kata sahabat RA,
“Al-Mahdi dibaiat di antara Hajarul Aswad dan Maqam Ibrahim yang mana pelaksanaannya (berlaku penuh aman dan singkat) tidak sampai membangkitkan orang yang sedang tidur dan tidak pula sampai menumpahkan (walaupun setitik) darah.”
B. Dari Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda,
“Orang ramai akan membaiat al-Mahdi antara Rukun dan Maqam Ibrahim.” (Ibnu Tawus)
Kenapa mesti di Masjidil Haram di Makkah dan di suatu tempat di
antara Hajarul Aswad dengan Maqam Ibrahim? Jawapannya adalah kerana
di situlah tempat yang paling mulia bagi umat Islam di seluruh
dunia. Menurut riwayat yang masyhur, di sekitar Masjidil Haram itu
terdapat kira-kira tiga ratus makam rasul-rasul terdahulu, yang
semuanya wafat di sana. Di antara Maqam Ibrahim dengan Hajarul
Aswad itu sahaja terdapat kira-kira tujuh puluh makam nabi-nabi
terdahulu.
Kerana kemuliaan itulah Allah SWT jadikan tempat itu sebagai tempat
titik permulaan naiknya Islam sebagai kuasa baru dunia,
menggantikan sistem kufur dari Barat itu, yang ternyata bukan
menjadi sistem pilihan yang baik bagi umat manusia. Dengan naiknya
Islam sebagai kuasa baru yang memerintah dunia, maka Allah akan
membela nasib sekalian mukminin yang selama ini cukup lama
menderita. Mereka dikatakan menderita kerana terpaksa bersusah
payah mengelakkan diri, pemikiran, rohani, harta benda, agama dan
keluarga daripada dipengaruhi oleh sistem hidup yang tidak pernah
diredhai oleh Allah itu.
Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik |
- 2754 reads
Post new comment