02143 8. Munculnya Selepas Tahun '97 Masihi
A. Kata tabiin RH,
“Orang biasa akan menjadi Amir (di sebuah negara di Timur atau di luar Hijaz). Kemudian masalah-masalahnya akan muncul pada tahun 95 atau pada tahun 97 (bukan) Hijrah. Lantas al-Mahdi muncul sebagai pemimpin mereka (tidak lama selepas itu).”
Tahun yang dinyatakan itu adalah menurut tahun Masihi dan
hanya disebutkan sebagai tahun 95 dan 97 sahaja. Hal ini memang
dengan mudah mendapat hukum maudhuk oleh para pengkaji hadis,
termasuk yang hidup pada akhir zaman ini. Padahal kita seakan-akan
tidak sedar bahawa orang yang meriwayatkan hadis itu adalah
orang-orang yang bukan tandingan kita akan ketinggian ilmunya.
Mereka adalah orang-orang yang amat soleh, bertaraf wali, bertaraf
ulama mujtahid dan mendalam ilmunya dalam segala selok-belok agama,
bukan macam kita yang ilmunya hanyalah tebuk sana sikit, tebuk sini
sikit. Selepas itu mengaku sudah alim dan bijak. Orang yang ilmunya
kita jadikan sandaran itu juga ilmunya dan takwanya tidaklah lebih
tinggi daripada ulama yang kita rendah-rendahkan ilmunya. Namanya
sahaja pun tidaklah lebih terkenal daripada ulama mujtahid yang
kita perlekehkan itu.
Dan memang pada sekitar tahun 95 dan 97 dahulu, di negara kita
berlaku berbagai-bagai peristiwa besar yang sangat menggoncangkan
dan membawa erti yang cukup besar pula. Yang dikatakan
masalah-masalah itu adalah masalah berkaitan dengan politik dalam
negara di sebelah Timur ini, tidak terhad di negara kita
semata-mata. Juga masalah yang berkaitan dengan isu agama dan
ekonomi. Tidak perlulah disebutkan apa masalahnya itu kerana kita
semua lebih arif tentang itu.
Selepas permasalahan-permasalahan itu timbul, dan tidak berjaya
diselesaikan, maka muncullah Pemuda Bani Tamim sebagai pemimpin
manusia di sebelah Timur, yang bukan sahaja dapat menyelesaikan
semua masalah yang timbul itu dengan baik, malah dapat pula
menyelesaikan masalah-masalah lain yang timbul di negara-negara
luar dari lingkungan Timur itu sendiri. Ini termasuklah di Asia
Barat, di Afrika dan di selatan Eropah. Orang biasa yang dimaksudkan oleh tabiin itu adalah seorang yang sebelumnya
adalah orang awam menjadi pemimpin menggantikan sultan-sultan dan
raja-raja, yang kuasanya melebihi daripada sultan-sultan dan
raja-raja itu sendiri. Orang inilah yang membawa masalah-masalah
itu ke Timur, yang merebak ke negara-negara lain dan tidak berjaya
diselesaikannya dengan baik. Akhirnya dia akan menyerahkan
kekuasaannya kepada Pemuda Bani Tamim, sebagai tanda dia menyerah
kalah dan mengakui kelebihan yang ada pada Pemuda Bani Tamim
itu.
Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik |
- 3178 reads
Post new comment