02142 7. Tahun Keluarnya Ialah Sekitar Tahun 2000 Masihi
A. Kata tabiin RH,
“Al-Mahdi akan muncul pada tahun 200.”
Salah satu keistimewaan tabiin RH adalah dapat membaca
dengan jelas apa yang tertulis pada ruang Arasy yang maha besar dan
luas itu. Keupayaan ini sebenarnya tidak mampu dimiliki oleh
sebarang-barang orang melainkan orang yang telah mencapai taraf
muqarrabin, iaitu muqarrabin di kalangan wali-wali Allah. Bukan
semua wali Allah dikurniai dengan kelebihan ini. Dan nyata pula
bahawa para tabiin adalah antara golongan yang mendapat kelebihan
yang sangat istimewa ini. Kerana itu mereka dapat menyebutkan
sesuatu perkara dengan hampir tepat seperti yang Allah SWT
kehendaki, sesuai dengan apa yang tertulis di atas perpustakaan
Arasy yang luas itu.
Apa yang disebutkan dengan angka 200 itu hanyalah kiasan
semata-mata iaitu untuk menunjukkan bahawa angka sebenarnya ialah
dua ribu. Dan tidak disebutkan tahun itu sama ada Hijriah atau
Masihiah. Hal ini dilihat seperti disengajakan oleh beliau, untuk
menyembunyikan sesuatu yang tidak patut diketahui oleh orang
awam dahulu dengan tepat seperti apa yang tertulis di atas Arasy
itu. Bukan pula maknanya mereka itu telah menipu orang atau cuba
menyembunyikan sesuatu yang patut diberitahu. Maksud sebenarnya
bahawa soal ini adalah salah satu soal yang rahsia yang sepatutnya
hanya Allah SWT sahaja yang tahu dengan tepat, dan mereka diberitakan dengan sesuatu yang tidak boleh diketahui oleh
orang ramai.
Soal kiamat ini adalah antara rahsia yang sepatutnya hanya
diketahui oleh Allah SWT sahaja, bukan oleh kita semua. Namun,
untuk memuaskan hati orang ramai yang bertanya, maka Allah SWT
berikan mereka suatu jawapan yang samar-samar yang sebenarnya patut
dikaji semula oleh mereka yang mahu mencari kebenaran dalam soal
ini. Kita yang hidup pada zaman ini sudah dikecualikan daripada
hukum itu kerana memang kita ini hidup pada masa yang tepat dengan
peristiwa besar itu berlaku. Maka tidak salahlah jika rahsia Allah
SWT itu dibukakan kepada orang ramai, kerana kita telah sedia
maklum akan hal itu dan mudah pula menerimanya jika diberitahu.
Hanya orang-orang yang keras hatinya sahaja yang tidak akan mahu
menerima kebenaran, walaupun kebenaran itu sudah terbentang terang
di hadapan kedua-dua biji matanya.
Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik |
- 3476 reads
Post new comment