02141 6. Tahun Keluarnya Ialah Sekitar Tahun 1420 Hijrah
A. Kata tabiin RH,
“Umat manusia akan berkumpul (pada musim haji di Makkah dan Mina) pada tahun 1204.”
Ramai pengkaji hadis dan ulama zawahir hampir sepakat
mengatakan bahawa asar tabiin ini adalah maudhuk kerana menurut
pandangan zahirnya, pada tarikh atau tahun yang disebutkan itu Imam
Mahdi tidak juga muncul-muncul dan Panji-panji Hitam yang dikatakan
itu tidak juga berkibar. Timur yang dimaksudkan itu juga tidak
dapat dipastikan oleh sesiapa pun. Hanya orang-orang Syiah yang
sempat berkokok seketika menyatakan bahawa Panji-panji Hitam sudah hampir pasti akan berkibar dari arah timur Iran dan
akan menuju ke kota Samarra di utara Iraq untuk membangkitkan Imam
Mahdi mereka yang sedang tidur lena di dalam guanya itu.
Sayangnya, Panji-panji Hitam yang dimaksudkan itu tidak juga
berkibar sehingga ke hari ini walaupun pemimpin revolusi Republik
Islam Iran Syiah itu telah lama meninggal dunia. Peristiwa yang
dahulunya amat hangat diperkatakan, kini sudah semakin sejuk dan
hampir basi semula. Timur yang dimaksudkan oleh mereka itu juga
tidak dapat dipastikan sehingga ke hari ini. Hanya dikatakan timur
Iran, tetapi tempatnya entah di mana. Pembawa Panji-panji Hitam itu
juga tidak diketahui siapa orangnya. Askar-askarnya juga entah
siapa dan di mana. Tiada siapa yang tahu dan tiada siapa yang dapat
menjelaskan dengan tepat, termasuk kalangan ulama-ulama Syiah
sendiri yang telah mencapai taraf Ayatollah sekalipun.
Kalangan puak Wahabi awal-awal lagi menyatakan asar ini maudhuk dan
tidak boleh diterima. Selain Imam Mahdi tidak muncul pada tahun
yang disebutkan, rawi-rawinya juga dikatakan adalah orang-orang
yang tidak dapat dipercayai riwayat mereka. Mereka begitu lekas
menghukumkan asar ini sebagai maudhuk tanpa mengambil kira
pandangan pihak lain, termasuk ahli-ahli hadis yang telah mencapai
taraf Huffaz dan kalangan ahli tasawuf yang rajin mengkaji
hadis-hadis mengenai Imam Mahdi ini.
Sebenarnya jika asar ini dinilai menurut penilaian ahli-ahli sufi,
mereka tidak akan mengatakannya sebagai maudhuk. Ada beberapa sebab
utama mengapa asar ini dianggap sebagai betul, walaupun tidak
berlaku.
Kita memang mengetahui bahawa sumber ilmu bagi ahli-ahli sufi ialah
kasyaf, laduni, ilham dan firasat. Selain itu, berita-berita ghaib
turut memainkan peranan yang besar. Limpahan ilmu daripada guru
mursyidnya juga adalah merupakan sumber utama mereka memperoleh
ilmu yang tidak tercapai oleh orang awam. Sebahagian besar mereka
memperoleh ilmu melalui pengalaman rohani mereka yang mampu
menggapai ilmu yang berada di atas langit sana sama ada di atas
langit pertama, di Sidratul Muntaha, di atas Arasy atau di atas
Al-Mustawa. Tahap keupayaan mereka ini bergantung kepada taraf
muqarrabin mereka pada sisi Allah SWT dan dibenarkan mengambil
terus ilmu dari sana tanpa sebarang perantaraan malaikat.
Hal ini sebenarnya adalah suatu yang lazim berlaku di kalangan para
Sahabat RA, terutamanya sahabat-sahabat besar baginda SAW seperti
Khalifah yang Berempat, Abu Hurairah, Ibnu Abbas, Ibnu Umar,
Huzaifah dan sekian ramai lagi. Juga lazim berlaku di kalangan para
tabiin yang dirahmati oleh Allah, dan tidak ketinggalan di kalangan
tabiit tabiin serta kalangan ulama mujtahid awal dalam Islam.
Begitu lazimnya hal ini berlaku di kalangan mereka sehingga mereka
menganggapnya sebagai suatu perkara biasa dan tidak diperbincangkan
lagi.
Para mujaddid sejak zaman awal Islam lagi sehinggalah ke abad
kelima belas ini turut dibekalkan dengan keupayaan menggapai alam
ghaib ini untuk mendapat sumber ilmu mereka. Lihatlah bagaimana
mereka menulis kitab-kitab yang sebegitu tebal dan hebat dalam masa
yang amat singkat, sedangkan sumber rujukannya tidak kita ketahui
dan ilmunya merupaka sesuatu yang amat baru. Bagi kita yang
hidup pada hari ini, yang telah begitu jauh daripada zaman
Kenabian, ilmu-ilmu seperti ini amatlah pelik dan ganjil, kalau
tidak pun akan dianggap sebagai sesuatu yang amat mustahil. Malah
ada di kalangan umat Islam sendiri (termasuk yang mengaku dirinya
pandai dalam bidang agama) yang menganggap hal ini pada hari ini
adalah sesuatu yang tidak dapat diterima oleh syarak.
Bagi yang memperoleh ilmu dari alam atas ini, ada yang kekuatan
rohaninya begitu teguh sehingga mata hatinya dapat membaca dengan
jelas setiap huruf yang tertulis di alam atas sana lalu menyalinnya
bulat-bulat menurut apa yang mata hati mereka lihat itu. Mereka ini
nyata mendapat nikmat yang begitu nyata dan melimpah-limpah, hasil
hidayah Allah yang melimpah-limpah menyinari lubuk hati mereka.
Namun, ada juga yang kekuatan rohani mereka kurang teguh kerana
beberapa kekurangan yang masih terdapat pada diri mereka. Hal ini
tidaklah bermakna mereka itu bersalah atau tersalah. Apa yang
mereka cakapkan itu adalah menurut apa yang mereka peroleh, dan
mereka memperkatakannya menurut apa yang tersurat itu. Itu sahaja
dan tidak lebih dari itu. Dalam pada itupun, setiap ilmu yang
mereka peroleh itu tidak semestinya berlaku menurut apa yang telah
tersurat di alam atas sana, kerana lazim pula berlaku, apa-apa yang
sudah tertulis di alam atas itu berubah pada saat-saat akhir dan
hal ini hanya Allah SWT sahaja yang Maha mengetahui apa-apa yang
ditakdirkan-Nya. Maknanya, apa-apa yang dibaca oleh mereka tadi,
memang benar-benar tertulis di alam atas sana, dan benar pula
semasa mereka mengucapkannya, tetapi Allah jua mengehendaki
perubahan pada takdir-Nya pada saat-saat terakhir. Ada kalanya
ditangguhkan-Nya dan ada kalanya dibatalkan-Nya terus, menurut
kehendak-Nya jua. Dialah yang Maha Berkuasa dan Dialah yang Maha
Berkehendak.
Kerana itulah perkara ini perlu benar-benar difahami dan
dimengertikan baik-baik, jangan sampai kita menjadi seorang
pengutuk terhadap apa-apa yang telah Allah SWT tuliskan pada
takdir-Nya, tetapi diubah pada qadar-Nya. Jika ilmu dan pengalaman
kita tidak pernah sampai ke tahap ilmu-ilmu berkenaan dan hanya
memahami sesuatu menurut yang lahir sahaja daripadanya, maka lebih
baiklah kita mendiamkan diri sahaja, ditakuti kelak kita menjadi
pengutuk terhadap takdir Tuhan secara tidak disengajakan dan
seterusnya menjadi penyebab Tuhan memurkai kita pula. Semua ini
boleh berlaku tanpa kita sedari, akibat kelancangan kita sendiri
yang suka mempertikaikan itu dan ini tanpa ilmu yang benar-benar
yakin dan hakiki.
Atas alasan itu pulalah penulis berkeyakinan bahawa apa yang
disebutkan oleh tabiin RH itu adalah benar, yakni benar semasa
beliau menyebutkannya dan benar pula periwayatannya, walaupun
disangsikan oleh orang lain. Hal ini tidak dapat dielakkan kerana
masing-masing mereka mempunyai kefahaman yang berbeza, ilmu yang
berbeza, keyakinan yang berbeza pula dan tanggapan mereka terhadap
rawi dan sanadnya juga berbeza. Namun, takdir Allah mengatasi
segala-galanya. Memang pada tahun itu tidak dimunculkan Imam Mahdi
yang muntazar itu tetapi Allah SWT tundakannya sehingga ke
saat-saat akhir, iaitu selepas tahun 1420 Hijrah. Wallahu
A’alam.
Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik |
- 3564 reads
Post new comment