02140 5. Zahir Pada Bulan Muharam
A. Sabda Nabi SAW,
“Al-Mahdi dimunculkan pada bulan Muharam dan akan kedengaran suara yang menyeru dari arah langit, “Ketahuilah bahawa hamba Allah yang terpilih (untuk menjadi pemimpin kamu semua) adalah si fulan, iaitu al-Mahdi. Oleh itu, dengarlah (segala) perintahnya dan taatilah dia.” (Abu Nuaim)
Bulan Muharam adalah bulan yang mulia dalam Islam. Pada bulan
inilah Allah menjanjikan kemenangan kepada para pejuang-Nya. Pada
bulan inilah Allah SWT menurunkan kemenangan kepada umat Islam
sejak dari Nabi Adam AS lagi hinggalah kepada Junjungan Besar Nabi
Muhammad SAW. Kemudian diteruskan lagi hingga ke akhir zaman iaitu
pada zaman kita ini. Dan pada bulan ini ada satu hari yang sangat
istimewa, bukan sahaja bagi kita umat Islam, malah di kalangan
agama Yahudi juga. Hari yang sangat istimewa itu dipanggil Hari Asyura dalam bahasa Melayu iaitu hari yang
kesepuluh pada bulan Muharam menurut kalendar Hijri. Pada hari itu
kita disunatkan berpuasa. Orang-orang Yahudi juga berpuasa pada
hari itu dan merayakannya dengan penuh gembira.
Pada hari yang sangat istimewa itulah Allah SWT menjanjikan bahawa
Imam Mahdi akan dibaiat oleh sekalian umat Islam dari segenap
penjuru dunia ini di Makkah, tanah suci-Nya. Di situlah akan
bermulanya sistem khalifah dalam Islam, yang berlaku untuk kali
yang kedua dalam sejarah umat Islam. dan nyata bahawa sistem
khalifah yang akan naik pada kali ini adalah lebih kuat, lebih
bersih, lebih gagah, lebih gemilang, lebih luas dan lebih
bersejarah jika dibandingkan dengan sistem khalifah pada masa
dahulu, melainkan pada zaman Nabi SAW dan para Khulafa. Itulah
kelebihan yang terdapat pada bulan Muharam yang mulia, terutamanya
pada Hari Asyura.
Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik |
- 5089 reads
Post new comment