02128 31. Pemimpin Afrika Itu Berkaki Pincang
A. Kata tabiin RH,
“Tanda-tanda keluarnya al-Mahdi ialah keluarnya panji-panji dari Barat (Afrika), yang mana di tengah-tengah panji-panji itu terdapat seorang lelaki Kindah yang kakinya pincang.”
Jelasnya lelaki Kindah yang dimaksudkan dalam ucapan ini
bukanlah orang yang sama yang diperkatakan oleh asar sebelum ini.
Oleh itu, ucapan ini dengan ucapan yang sebelumnya sebenarnya tidak
mempunyai sebarang kaitan dan tidak mendukung maksud yang sama. Hal
ini perlu diperhatikan benar-benar agar kita tidak tersalah faham
akan maksud sebenar kedua-dua ucapan ini. Dan untuk lebih
memahaminya lihatlah huraian yang diberikan di bawah ini baik-baik
dan perhatikan perbezaan yang dimaksudkan itu.
Lelaki Kindah yang dimaksudkan adalah pemimpin yang datang dari
suatu kawasan di utara Arab iaitu yang berasal dari Eropah. Barat
yang dimaksudkan adalah Amerika Syarikat kerana negara tersebut
terletak di barat Afrika dan bukannya di Afrika Barat seperti yang
sedia dimaklumi oleh ramai orang sebelum ini. Apabila Amerika
Syarikat berkuasa di seluruh dunia, maka itulah tanda sangat hampir
kemunculan Imam Mahdi.
Menurut sejarah, Amerika Syarikat mula naik bintangnya selepas
Perang Dunia Kedua, 1946 kerana mereka berjaya menjatuh dan
meletupkan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki di Jepun, yang
menjadi sebab segera Jepun dan negara-negara sekutunya meletak
senjata. Mulai dari saat itulah, nama Amerika Syarikat segera
menjadi masyhur dan seluruh dunia tertumpu ke negara itu dalam
hampir semua urusan dunia. Hal ini berlaku hinggalah ke hari
ini.
Kini, setelah lebih setengah abad Amerika Syarikat berleluasa di seluruh dunia, telah banyak kepincangan yang dilakukannya, dan banyak pula kepincangan dalaman di negara berkenaan. Bukan sahaja rakyatnya pincang sosial mereka, malah pemimpin-pemimpin mereka dan sistem Barat yang diterajunya pun turut pincang. Itulah kepincangan yang dimaksudkan oleh ungkapan tabiin itu. Pincang di sini bukanlah kaki zahirnya, tetapi kaki batinnya juga. Maka zahir dan batinnya adalah pincang, sedangkan dalam keadaan pincang itulah mereka mengaku dirinya sebagai polis dunia. Maka jadilah mereka sebagai polis yang pincang zahir dan batin.
Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik |
- 3139 reads
Post new comment