02127 30. Benua Afrika Juga Dikuasai Oleh Imam Mahdi
A. Kata tabiin RH,
“Sebelum (munculnya) al-Mahdi, Amir di Afrika akan berkuasa selama 12 tahun. Lalu (kemudian Afrika itu) dikuasai oleh seorang lelaki yang berkulit coklat (sawo matang), yang mana keadilannya meratai ke seluruh Afrika. Kemudian dia berangkat menuju al-Mahdi untuk menyerahkan kekuasaannya dan berperang untuk al-Mahdi.”
Imam Mahdi tidak akan muncul sebelum seorang pemimpin dari
Afrika yang memerintah dalam tempoh yang lama dijatuhkan oleh
seorang lelaki yang berkulit cerah. Lelaki yang mengambil alih
pemerintahan di Afrika itu adalah seorang pemerintah yang adil.
Pemerintah ini adalah datangnya dari anak cucu Sayidina Hasan bin
Ali RA. Dia adalah pemerintah yang beragama Islam dan memerintah di
sebelah barat Afrika.
Kemungkinan lelaki itu adalah pemerintah di Maghribi sekarang ini
kerana rajanya adalah dari keturunan Sayidina Hasan RA dan negara
itu terletak di sebelah barat benua Afrika. Raja di Maghribi
sekarang ini adalah dikira sebagai seorang pemerintah yang adil,
iaitu menurut pandangan manusia pada hari ini. Kelak apabila Imam
Mahdi muncul, pemerintah ini akan mendapatkan Imam Mahdi lalu
menyerahkan kekuasaannya kepada Imam Mahdi dan selepas itu akan
berperang bagi pihak Imam Mahdi.
Antara peranan utamanya kelak semasa pemerintahan Imam Mahdi adalah
untuk menguasai seluruh benua Afrika sehingga beliau berjaya
menguasai seluruh benua itu dan meletakkannya di bawah pemerintahan
Imam Mahdi. Selepas itu beliau membantu Imam Mahdi menyediakan
pasukan tentera dan petunjuk jalan untuk Imam Mahdi menyeberang
laut semasa memerangi benua Eropah.
Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik |
- 3219 reads
Post new comment