02121 24. Terbunuhnya Tujuh Daripada Sembilan Orang
A. Kata tabiin RH,
“Al-Mahdi tidak akan muncul sebelum terjadinya pembunuhan sebanyak tujuh orang daripada sembilan orang.
Yang dimaksudkan dengan terbunuhnya tujuh daripada
sembilan orang itu adalah sebagai nisbah sahaja. Itulah jumlah atau
nisbah jemaah haji yang mati terbunuh akibat huru-hara yang berlaku
di Mina. Daripada setiap sembilan orang jemaah haji yang datang,
tujuh daripadanya akan mati terbunuh. Dan dari jumlah yang ramai
itulah darah akan mengalir di merata-rata tempat sehingga batu-batu
yang terdapat di situ akan dibasahi oleh darah mereka.
Mungkin maksud yang lazim terbayang di kepal kita ialah bahawa akan
berlaku kematian tujuh orang daripada sekumpulan sembilan orang.
Maksud ini adalah maksud yang zahir daripada asar tabiin ini dan
maksud ini juga adalah sebahagian daripada maksud yang dikehendaki.
Juga dikatakan bahawa yang sembilan orang itu adalah pemimpin besar
bagi umat ini pada masa itu. Peristiwa pembunuhan mereka ini, iaitu
tujuh daripada sembilan orang pemimpin adalah tanda sudah sangat
huru-haranya keadaan di Makkah, Arafah dan Mina sehingga pihak
keselamatan sudah tidak lagi berupaya membendung jemaah haji yang
mencetuskan pergaduhan dan seterusnya membawa kepada pembunuhan
beramai-ramai.
Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik |
- 2799 reads
Post new comment