02118 21. Tanda Pada Matahari
A. Kata Muhammad bin Ali al-Hanafiah RH,
“Al-Mahdi tidak akan muncul sehinggalah ada satu tanda (gerhana) yang muncul daripada matahari.”
Alamat ini adalah salah satu alamat yang paling masyhur
mengenai kemunculan Imam Mahdi ke dunia ini. Yang dimaksudkan
dengan gerhana matahari itu ada dua iaitu memang benar-benar akan
berlaku gerhana matahari pada bulan Ramadan dan maksud keduanya
adalah matinya pemimpin-pemimpin yang jahat, yang mengumpulkan
harta sebanyak-banyaknya. Maksud lain bagi gerhana matahari itu
adalah lambang matinya sistem jahiliyah pada zaman ini iaitu segala
sistem karut-marut yang sedang diamalkan di seluruh dunia pada
zaman ini, yang sememangnya tidak sesuai dengan ajaran Islam.
Apabila berlaku gerhana matahari, maka itulah tandanya bahawa
sistem Barat, sama ada yang bernama demokrasi atau sosialis atau
apa-apa nama pun, semuanya sudah sampai ajalnya dan menanti saat
sahaja untuk sang imam menguburkannya terus dari atas muka bumi
ini. Seterusnya sistem jahiliyah Barat itu keseluruhannya akan
digantikan dengan Islam yang tulen, seperti yang pernah dibawa oleh
baginda SAW dan para Khulafa RA dahulu. Maka gerhana matahari itu
adalah tanda zahir, manakala hapusnya sistem Barat itu adalah tanda
hakikinya.
Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik |
- 3426 reads
Post new comment