02117 20. Huru-hara Mulai Ramadan Hingga Musim Haji
A. Sabda Nabi SAW,
“Al-Mahdi akan dibaiat pada bulan Muharam setelah terjadi bencana dan peperangan pada bulan Ramadan sampai Zulhijah. Kemudian berlaku pula ancaman (terhadap) jemaah haji di Mina yang mengakibatkan banyak kematian sehingga darah mengalir di al-Jamrah. Sebahagian jemaah haji itu ada yang menyelamatkan al-Mahdi lalu dibaiat di antara Hajarul Aswad dan Maqam Ibrahim, namun dia enggan menerimanya. (Kerana keengganannya itu) dia lantas diancam, “Jika kamu tidak mahu menerima baiat daripada kami, maka lehermu akan kami penggal!” (Al-Hakim)
. Dari Abdullah bin Amru RA daripada Nabi SAW bersabda,
“Pada bulan Zulkaedah akan mula berlaku huru-hara, kemudian para jemaah haji dirompak (dan dibunuh). Berlaku pertempuran yang dahsyat di Mina sehingga sebahagiannya melarikan diri, dan dia akan dibaiat antara Rukun dengan Maqam sedangkan dia tidak menyukainya. Pembaiatan itu dilakukan oleh sejumlah yang sama dengan tentera Badar, penduduk langit dan bumi meredhai (pemerintahannya).” (Al-Hakim & Nuaim bin Hammad)
Imam Mahdi akan dibaiat oleh orang ramai pada hari Asyura iaitu
sepuluh hari bulan Muharam. Tanda-tanda yang dapat dilihat sebelum
itu adalah berlaku peristiwa pembunuhan jemaah haji sehingga
menyebabkan ramai jemaah haji mati dibunuh secara kejam di Jamrah,
Mina. Mulai bulan Ramadan lagi sudah berlaku huru-hara yang membawa
kepada peristiwa pembunuhan itu. Tidak lama selepas peristiwa
pembunuhan jemaah haji itu, sekumpulan orang yakni Ikhwan dan
Pemuda Bani Tamim datang ke Makkah lalu membaiat Imam Mahdi sebagai
khalifah akhir zaman. Selepas itu, orang ramai termasuk jemaah haji
yang terselamat turut membaiat Imam Mahdi.
Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik |
- 3947 reads
Post new comment