02115 18. Siapa Ahlulbait yang Mengamuk Itu
A. Kata Kaab al-Akhbar RH,
“Al-Makhzumi (dilantik) menjadi pemimpin, tetapi kemudian (dia) mengundur diri. Lalu ada susuk seorang manusia yang tangkas, berbadan tinggi dan berbahu lebar. Dia membunuh setiap orang yang berselisih jalan dengannya, sehinggalah dia sampai ke Baitulmaqdis lalu dia mati di sana (sebaik sahaja masuk). Dia ini amat zalim dan aniaya. Setelah itu ada seorang (pemimpin) yang berbuat baik, kemudian al-Qahtani menjadi pemimpin. Dia berakhlak seperti akhlak saudaranya, iaitu al-Mahdi.”
Ucapan Kaab ini tidak menjelaskan siapa orang itu dan
sebenarnya lebih sesuai diletakkan di tempat yang lain dalam buku
ini. Lihat semula huraian yang lebih jelas mengenai ucapan Kaab ini
pada bahagian akhir mengenai Imam Mahdi ini. Semoga huraian di situ
akan dapat lebih memahamkan kita akan topik persoalan yang
sebenarnya.
Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik |
- 3518 reads
Post new comment