02114 17. Seorang Ahlulbait Dari Timur Mengamuk
A. Kata sahabat RA,
“Sebelum al-Mahdi muncul, akan ada seorang lelaki dari keturunan Nabi SAW keluar dari Timur, sambil menyandang pedang di bahunya selama 18 tahun. Dia membunuh, mengamuk dan (seterusnya) menuju ke Baitulmaqdis. Namun dia mati sebelum sampai ke sana.”
Asar ini agak sukar untuk dihuraikan kerana maksudnya
tidak jelas. Yang dikatakan sebagai tidak jelas itu ialah siapakah
peribadi sebenar Ahlulbait yang dimaksudkan itu. Ada beberapa orang
yang boleh dimaksudkan dengan orang ini, sama ada yang benar-benar
berketurunan Ahlulbait mahupun yang bukan berketurunan Ahlulbait.
Menyandang pedang juga boleh diterjemahkan dengan beberapa maksud.
Lama masa dia mengamuk itu juga adalah suatu yang amat relatif dan
sukar ditafsirkan dengan benar. Perkataan membunuh, mengamuk dan
menuju ke Baitulmaqdis itu juga boleh dimaksudkan dengan erti-erti
lain yang sesuai. Maksud mati itu juga boleh dihuraikan dengan
beberapa erti lain yang sesuai. Oleh itu, asar ini biarlah difahami
menurut apa yang dapat kita faham secara zahirnya sahaja, sama ada
benar-benar dengan erti mengamuk atau dengan erti-erti yang lain
dan dapat diterima bersama. Hanya masa yang dapat menentukan benar
atau tidaknya asar ini berlaku sebelum Imam Mahdi muncul, iaitu
menurut erti dan kefahaman kita yang lazim.
Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik |
- 3793 reads
Post new comment