02111 14. Gabungan Tentera at-Tamimi dan al-Hasyimi
A. Kata tabiin RH,
“Sebelum (munculnya) al-Mahdi, as-Sufyani mengerahkan pasukan tenteranya sampai ke kawasan timur Khurasan dan Parsi. Mereka akan dilawan oleh penduduk Timur dan ramai (tentera as-Sufyani) yang terbunuh. Kaum dari Timur itu kemudian (bergabung dan) membaiat al-Hasyimi yang mana tangan kanannya memegang bendera. Allah memudahkan urusan dan jalannya. Kemudian dia keluar bersama-sama 5,000 orang penduduk Khurasan yang di bawah pimpinan Syuaib bin Saleh at-Tamimi, seorang bekas hamba berkulit kuning, berjanggut nipis dan tidak berjambang. Seandainya mereka ini menghadapi gunung, nescaya dihancurkannya. Mereka lantas berhadapan dengan pasukan as-Sufyani, terus menggempur mereka dan (berjaya) membunuh mereka dalam jumlah yang besar. Akhirnya pasukan as-Sufyani melarikan diri dan al-Hasyimi pula menghilangkan diri. Kemudian secara diam-diam at-Tamimi menuju ke Baitulmaqdis. Ketika perjalanannya sampai di Syam, dia menyerahkan pasukan (tenteranya) kepada al-Hasyimi.”
Asar ini memperincikan lagi keterangan-keterangan daripada
hadis-hadis lain mengenai peristiwa-peristiwa yang akan berlaku
pada akhir zaman. Antara yang terpenting disebutkan di sini ialah
bahawa peperangan antara Pemuda Bani Tamim dengan As-Sufyani akan
berlaku di timur Khurasan dan bersempadan dengan Parsi (Iran).
Apabila ini berlaku, sudah amat dekatlah kemunculan pemimpin baru
seluruh dunia ini iaitu Imam Mahdi, dengan dimulai oleh Pemuda Bani
Tamim.
Penduduk Timur yang dimaksudkan adalah dari kalangan Ikhwan dan
Asoib. Apabila Pemuda Bani Tamim dan Pemuda Bani Hasyim bertemu,
Pemuda Bani Hasyim dan pengikutnya akan membaiat Pemuda Bani Tamim
sebagai ketua besar mereka, manakala para Ikhwan pula akan membaiat
Pemuda Bani Hasyim sebagai salah seorang kanan (yang baru) kepada
Pemuda Bani Tamim. Dan sesungguhnya baiat mereka ini bukanlah baiat
sebagai seorang pemimpin, tetapi baiat untuk tetap meneruskan
perjuangan mereka itu bersama-sama.
Jumlah askar gabungan ini mencecah antara empat ribu hingga lima
ribu orang. Pasukan ini walaupun secara relatifnya masih kecil,
mereka mempunyai kekuatan tersendiri yang tidak mampu dikalahkan
oleh mana-mana musuh pun iaitu kekuatan kerohanian, kerana mereka
adalah orang-orang yang bertakwa. Lagi pun pada masa itu, Pemuda
Bani Tamim sudah mendapat satu lagi gelaran yang tertinggi iaitu Al-Mansur. Gelaran ini cukup tinggi kerana boleh
disamakan seperti gelaran As-Siddiq untuk Abu Bakar RA, Al-Faruq
untuk Umar RA, Saifullah untuk Khalid RA dan sebagainya lagi pada
masa Sahabat dahulu.
Apabila Pemuda Bani Tamim sampai di Syam, dia akan menyerahkan
sebahagian tenteranya (yang bukan dari kalangan Ikhwan) kepada
Al-Hasyimi, guna untuk menyerang Eropah Timur (yang disebutkan
Turki). Memang beliau berhak menyerahkan sebahagian askarnya kepada
Al-Hasyimi kerana tentera yang diserahkannya itu adalah pengikut
Al-Hasyimi juga pada asalnya dahulu.
Sejurus sebelum itu, Al-Hasyimi dikatakan menghilangkan diri kerana
beliau kembali semula ke tempatnya dengan tujuan mengumpul lagi
kekuatan untuk dijadikan askar tambahan. Selepas berjaya
mengumpulkan askar tambahan itu, beliau membawa mereka untuk
berjumpa dengan At-Tamimi di Syam. Pasukan mereka ini direstui oleh
At-Tamimi sambil menyerahkan kembali sebahagian askarnya untuk
membantu Al-Hasyimi memimpin pasukan.
Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik |
- 4409 reads
Post new comment