02110 13. Lelaki Bani Tamim Mesti Diikuti oleh Pemuda Bani Hasyim
A. Kata sahabat RA,
“Panji-panji Hitam keluar dan menyerang as-Sufyani. Di tengah-tengah pasukan itu adalah Pemuda dari Bani Hasyim yang di tangan kirinya berkibar bendera pasukan, manakala di hadapannya adalah Syuaib bin Saleh at-Tamimi.”
Asar ini adalah lanjutan kepada keterangan yang
sebelumnya. Dalam asar ini disebutkan bahawa gabungan pasukan
At-Tamimi dengan Al-Hasyimi akan memerangi pasukan tentera
As-Sufyani. Semasa peperangan yang amat hebat itu berlaku,
Al-Hasyimi bertindak sebagai salah seorang askar yang amat berani.
Tangan kanannya memegang senjata sambil berlawan menentang pihak
musuh manakala tangan kirinya memegang bendera pasukan, iaitu
Panji-panji Hitam yang amat terkenal itu.
Peperangan yang amat hebat ini berlaku di sekitar Khurasan, tidak
jauh dari tempat Pemuda Bani Tamim bertemu dengan Al-Haris Harras.
Dalam peperangan ini, pasukan tentera yang diserahkan oleh Al-Haris
Harras kepada Pemuda Bani Tamim itu akan turut sama berperang.
Peperangan ini dipimpin sendiri oleh Pemuda Bani Tamim. Dengan
gabungan tiga pasukan yang hebat ini, mereka menjadi sebuah pasukan
yang tidak terkalahkan lagi oleh mana-mana lawan pun.
Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik |
- 4277 reads
Post new comment