02105 8. At-Talakan
A. Kata Sayidina Ali KMW,
“Sejahteralah kepada At-Talakan. Sungguh, pada Allah itu ada perbendaharaan-Nya, bukan emas atau perak tetapi lelaki-lelaki yang mengenali Allah dengan ilmu yang hakiki dan mereka akan membantu Al-Mahdi pada akhir zaman.”
At-Talakan adalah sebahagian dari golongan Ikhwan dan
jumlahnya seramai dua puluh lima orang. Maknanya, daripada sejumlah
314 orang anggota Ikhwan itu, 25 orang daripadanya dipanggil
sebagai At-Talakan. Yang 25 orang ini adalah orang-orang yang alim
dan hikmah dari kalangan Ikhwan. Mereka ini juga adalah golongan
yang kuat ibadat kepada Allah dan tinggi iman mereka daripada yang
lain. Seperti yang disebutkan, semua mereka adalah dari kalangan
lelaki sahaja. Tugas dan peranan mereka disamakan seperti peranan
rasul-rasul Allah yang 25 orang, dan hanya dibezakan oleh taraf
mereka sahaja. Jika para rasul diberikan mukjizat, para Talakan ini
dibekalkan dengan keramat, sesuai dengan taraf mereka sebagai
wali-wali Allah. Merekalah golongan yang gigih berdakwah kepada
seluruh umat manusia walau di mana sahaja mereka berada.
Ilmu mereka adalah ilmu yang hidup, yang diambil terus daripada
perbendaharaan Allah SWT. Melalui mereka ini Allah turunkan ilmu
yang berkat iaitu ilmu yang mampu menyuburkan hati manusia, yang
mampu mendekatkan manusia dengan Khaliknya, mampu menguatkan iman
setiap manusia, mampu memperkasakan pemikiran, menyuluh akal dengan
hakikat kebenaran, memadanikan setiap anggota masyarakat dan
negara, menjulang agama Islam ke tempat yang tinggi dan mulia, dan
menundukkan hati manusia kepada kebenaran hakiki.
Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik |
- 2732 reads
Post new comment