02094 35. Tanda yang Keluar Itu Benar-benar Imam Mahdi
A. Kata sahabat RA,
“Tanda-tanda kemunculan al-Mahdi (yang sebenar) adalah apabila harta pusaka melimpah-limpah, penguasa/pemimpin yang mengumpul harta telah mati (dalam kehinaan), setelah itu dia digantikan oleh seorang lelaki yang lemah, yang kemudiannya dipecat setelah dua tahun diangkat menjadi pemimpin, ada sekumpulan askar yang ditelan bumi di barat Damsyik, munculnya tiga belas tokoh di Syam dan keluarnya penduduk Maghribi (Afrika) ke Mesir.”
Apabila Syuaib bin Saleh at-Tamimi mendapat kuasa di
sebelah Timur, maka beberapa tanda baru akan muncul.
Yang paling ketara ialah keluarnya harta benda di sekitar pusat
pemerintahan beliau, yang menyebabkan seluruh penduduk di kawasan
itu menjadi kaya raya dan tidak tergugat ekonomi mereka walaupun
cuba disekat oleh negara-negara kafir yang lain. Tanda kedua yang
disebutkan itu sudahpun berlaku, iaitu berlakunya terlebih dahulu
dari kemunculan Pemuda Bani Tamim. Orang yang dimaksudkan itu
adalah Presiden Indonesia iaitu Soeharto yang
dikatakan mati, kemudian digantikan oleh seorang
lelaki yang lemah (mempunyai kecacatan zahir dan kelemahan dalam
kepemimpinan) lalu dipecat setelah hampir dua tahun memerintah.
Pemimpin yang dimaksudkannya itu adalah Gus Dur atau nama
sebenarnya Abdurrahman Wahid. Ini juga sudah benar-benar
berlaku.
Selain itu, disebutkan juga peristiwa pasukan tentera yang
tenggelam di Damsyik. Ini menunjukkan akan berlaku dua peristiwa
pasukan tentera yang tenggelam ke dalam bumi. Tanda lain yang
disebutkan adalah kemunculan tiga belas orang pemimpin umat pada
akhir zaman, yang juga merupakan orang paling kanan bagi Imam
Mahdi. Mereka ini akan diketahui setelah At-Tamimi mendapat kuasa
di Timur. Disebutkan juga apabila At-Tamimi mendapat kuasa di
Timur, penduduk Islam Afrika yang masih kukuh mengamalkan tarekat
dan amalan sufi akan meninggalkan negara mereka dan berpindah ke
Mesir atau Timur Tengah untuk bergabung dengan Al-Hasyimi. Mereka
ini seterusnya akan menjadi sebahagian daripada anggota pasukan
tentera Al-Hasyimi. Pada waktu itu, Al-Hasyimi sedang bersiap-siap
menuju ke Khurasan untuk bergabung dengan pasukan Khurasan dan
Asoib dari Timur.
Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik |
- 3375 reads
Post new comment