02093 34. Musim Haji Berdarah di Mina
A. Sabda Nabi SAW,
“Sebelum pembaiatan al-Mahdi di antara Hajarul Aswad dan Maqam Ibrahim, ada kabilah yang menarik perhatian al-Mahdi mengenai sikap dan perampasan mereka terhadap jemaah haji di Mina.”
Imam Mahdi tidak akan dibaiat sehinggalah umat manusia
yang sedang mengerjakan haji dibunuh beramai-ramai oleh sekumpulan
orang-orang yang sengaja mahu membunuh mereka. Kumpulan orang yang
membunuh jemaah haji itu adalah dari kalangan orang-orang Syiah
kerana hanya orang-orang Islam sahaja yang dibenarkan masuk ke
dalam kota suci Makkah. Disebutkan dalam hadis ini ada kabilah yang
merampas menunjukkan bahawa mereka itu adalah orang-orang Islam
juga, masuk ke Makkah dengan tujuan zahirnya untuk mengerjakan
haji, kemudian semasa di Mina mereka membunuh sebanyak mungkin
jemaah haji. Selain membunuh jemaah haji, mereka juga cuba untuk
merampas kuasa di Makkah, dengan tujuan dapat menguasainya dan
sekali gus menghalang kemunculan Imam Mahdi yang sebenar, yang
kemunculannya sudah amat pasti itu.
Perbuatan mereka yang amat zalim ini diketahui oleh Imam Mahdi yang
pada ketika itu sedang berada di dalam rumahnya di Safa. Imam Mahdi
menangisi apa yang sedang terjadi itu, dan beliau sangat-sangat
bersedih hati kerana kejadian itu. Beliau sentiasa berulang alik
antara rumahnya dengan Masjidil Haram. Di Masjidil Haram itu beliau
selalu menyandarkan wajahnya ke dinding Kaabah sambil menangis.
Itulah yang selalu beliau lakukan setiap hari sehinggalah ke saat
beliau dibaiat sebagai Imam Mahdi, yang memerintah seluruh umat
Islam dan dunia Islam.
Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik |
- 3045 reads
Post new comment