02088 29. Suara Dari Langit Menyokong Imam Mahdi
Kata tabiin RH,
“Ketika al-Mahdi dan as-Sufyani bertempur dalam medan peperangan, akan kedengaran suara dari langit, “Ketahuilah, bahawa wali-wali Allah adalah kawan-kawan al-Mahdi.”
Ungkapan ini menyatakan bahawa Imam Mahdi itu selain
dibantu oleh pasukan dari Timur, juga mendapat bantuan daripada
para malaikat dan wali-wali Allah. Maksudnya, Imam Mahdi sentiasa
dibantu oleh malaikat, sama ada yang dapat dilihat atau tidak dapat
dilihat oleh manusia, sama ada yang berada di atas muka bumi ini
atau yang berada di atas langit sana. Ketua malaikat yang membantu
Imam Mahdi adalah malaikat Jibril dan Mikail AS. Malaikat-malaikat
lain yang membantu Imam Mahdi berjumlah empat ribu. Sebahagiannya
dapat dilihat oleh manusia biasa, dalam bentuk bayangan atau bentuk
manusia biasa. Ada yang hanya dapat didengar suaranya sahaja dan
ada pula yang memukul setiap orang yang tidak mahu mengikut
perintah Imam Mahdi.
Adapun para wali itu adalah golongan yang akan muncul semula ke
dunia ini setelah sekian lama ghaib dari khalayak manusia biasa.
Sebab itu tidak hairanlah kalau ada orang Islam sendiri pada hari
ini yang berpendapat bahawa para wali sudah tiada lagi di atas
dunia ini. Ini dikeranakan mereka tidak pernah melihat sesiapa pun
di kalangan mereka seorang yang mencapai taraf wali, malah semuanya
sama sahaja dengan mereka. Sebab lain hal ini berlaku ialah kerana
golongan muqarrabin seperti para wali sudah tidak lagi dihormati
oleh orang ramai kerana mereka telah terlalu dipengaruhi oleh
sistem Yahudi dan Nasrani yang menekankan tidak perlunya kita
menghormati sesiapa pun, temasuk pemimpin kita sendiri, para ulama,
para guru, ibu bapa, para wali dan sebagainya. Semua mereka ini ada
salah dan silap, kata mereka. Oleh itu, sepanjang hidup mereka,
mereka tidak pernah bertemu bayang pun dengan mana-mana wali dan
mereka juga tidak pernah meminta agar dapat dipertemukan dengan
mana-mana wali, walaupun hanya sekali sahaja sepanjang hayat
mereka.
Kerana itu, apabila Imam Mahdi sedang berperang melawan As-Sufyani
dan angkatan tenteranya yang canggih itu sedangkan kelengkapan
pasukan Imam Mahdi itu amatlah minimum sehingga tidak kelihatan
seperti sebuah angkatan perang. Mereka sebenarnya lebih kelihatan
seperti sebuah kumpulan dakwah daripada sebuah pasukan perang.
Namun mereka tetap tidak menolak apabila terpaksa menghadapi
pasukan As-Sufyani yang lengkap dari segala segi itu. Dan ternyata
semasa perang baru meletus, para wali yang selama ini berada di
mana-mana penjuru dunia akan segera mendatangi Imam Mahdi lalu
menggabungkan diri ke dalam pasukan itu.
Bagaimana mereka boleh tahu bahawa Imam Mahdi memerlukan bantuan
mereka? Hal ini sebenarnya amat mudah bagi Allah untuk
melakukannya. Sebenarnya para wali itu ada dibekalkan oleh Allah
dengan suatu rasa hati yang kuat untuk melakukan sesuatu apabila
keadaan memerlukan mereka. Tanpa perlu disuruh-suruh oleh sesiapa
atau tanpa diberitahu oleh sesiapa pun, gerak hati mereka kuat
mahukan mereka pergi ke sesuatu tempat dengan kadar yang cukup
pantas. Ada yang datang dengan cara terbang di udara, ada yang
datang menaiki tikar terbang mereka, ada yang datang menaiki
pelepah pinang yang berjalan di atas air, ada yang berjalan kaki di
atas air seperti orang berjalan di atas tanah sahaja, ada yang
berjalan beberapa langkah sudahpun sampai ke tempat yang hendak
dituju, ada yang tahu-tahu sahaja sudah pun berada di sesuatu
tempat, ada yang datang dengan dibawa oleh malaikat dan ada yang
datang dengan dibawa oleh jin-jin khadamnya.
Lagipun apabila Imam Mahdi sudah menjadi pemimpin, maka wajiblah
para wali ini membantu pemimpin mereka, terutama semasa memerangi
musuh-musuh Allah. Bukan wali namanya kalau tidak turun membantu
pemimpin mereka memerangi musuh. Dan dengan bantuan para wali Allah
inilah Imam Mahdi dan pasukannya itu berjaya mengalahkan pasukan
As-Sufyani. Ternyata bahawa kelengkapan perang yang cukup canggih
itu tidak mampu mengalahkan kekuatan rohani tentera Imam Mahdi dan
keramat para wali yang berada di kalangan mereka itu. Maka dengan
mudah sahaja pasukan tentera As-Sufyani ini dapat dikalahkan oleh
mereka menyebabkan pasukan As-Sufyani itu terpaksa berundur dan
menanggung malu yang amat sangat.
Maksud lainnya ialah apabila orang ramai heboh memperkatakan
tentang diri Imam Mahdi dan disebut secara terbuka pula, sama ada
dalam bentuk pro atau kontra, maka itulah tandanya bahawa Imam
Mahdi itu sudah tidak lama lagi akan keluar dan yang keluar kali
ini benar-benar Imam Mahdi, bukan lagi sekadar dakwaan-dakwaan
kosong.
Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik |
- 5646 reads
aduh, mas mbok kalo nulis
aduh, mas mbok kalo nulis artikel agama itu ya pake dalil. kalimat pertama itu sumbernya dari mana yaa...?
Post new comment