02075 16. Pemuda Bani Tamim Adalah Dari Keturunan Sayidina Al-Hasan RA
A. Abdullah bin Amru RA berkata,
“Seorang lelaki dari anak cucu Al-Hasan akan datang dari arah Timur. Jika dia menghadap ke arah gunung, akan dipukulnya hingga rata sehingga mereka berjaya melaluinya.”
Fakta yang amat menarik ini dikemukakan oleh Sayidina
Abdullah bin Amru RA, seorang sahabat Rasulullah SAW yang
terkemuka. Menurut beliau, Pemuda Bani Tamim itu berasal dari
kalangan Ahlulbait juga, dari anak cucu Sayidina al-Hasan bin Ali
RA. Sayidina Abdullah bin Amru RA meriwayatkan banyak hadis
mengenai Imam Mahdi dan Pemuda Bani Tamim, selain mengeluarkan
pandangan beliau sendiri, yang kita yakin adalah kasyaf beliau,
iaitu apa yang Allah SWT kurniakan kepada beliau.
Berdasarkan penyataan beliau inilah, maka pada hari ini, golongan
minoriti Bani Tamim di Syria (Syam) tetap menyatakan bahawa mereka
adalah datang dari golongan Ahlulbait, dari anak cucu Sayidina
al-Hasan RA, dan yakin pula dari kalangan merekalah akan munculnya
Pemuda Bani Tamim yang dimaksudkan oleh hadis-hadis dan asar-asar.
Mereka menanti-nanti dan mencari-cari di kalangan mereka seseorang
yang bakal muncul dengan tanda-tanda tertentu, juga telah
disebutkan oleh para wali di kalangan mereka juga. Namun, mereka
tidak menemuinya di tanah air mereka itu, iaitu di Syam, tetapi
mereka mendapati ciri-ciri itu ada pada seorang lelaki dari Timur.
Kesemua ciri yang dimaksudkan itu ada padanya dan tepat pula dengan
apa yang dikehendaki oleh hadis-hadis dan asar-asar berkenaan. Maka
mereka mengakuinya.
Perkara paling menarik mengenai ini adalah perakuan bahawa Bani
Tamim adalah suatu suku yang berpunca dari kalangan Ahlulbait juga,
bukan dari Bani Tamim yang bangsa Quraisy itu. Jadi, di kalangan
bangsa Arab sebenarnya ada dua Tamim, satu suku Tamim dan yang satu
lagi Bani Tamim. Suku Tamim adalah suku yang besar, darinya lahir
tokoh terkenal dalam Islam, Sayidina Abu Bakar as-Siddiq RA. Bani
Tamim adalah puak yang jauh terkemudian munculnya, adalah dari
kalangan Ahlulbait, dari anak cucu Sayidina al-Hasan RA.
Disebutkan pula bahawa Pemuda Bani Tamim itu, iaitu yang bergelar
Syuaib bin Saleh akan dibekalkan dengan keramat yang amat hebat dan
besar, sesuai dengan kedudukannya yang tinggi itu, iaitu mampu
menggempur gunung hingga menjadi rata, jika mereka mahu
melaluinya.
Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik |
- 7914 reads
siapa yang lebih tahu....??
siapa yang lebih tahu....??
kalau keturunan al hasan dan
kalau keturunan al hasan dan rasulullah mungkin iya kali yah...bahkan lebih hebat dari itu, pemuda bani tamim keturunan dari seorang nabi kuno jaman dulu, dan keturunan dari para raja besar dunia,,,,,ya jelaslah harus begitu....karena tugas pemuda bani tamim itu beraaaat banget maka ilmunya pun harus sangat hebat.....yang jelas dia akan jadi raja dunia.....raja dunia lah tidak sekedar membawa pasukan, hadist nabi tsb itu masih samar dan belum jelas,,,,ah lagian saya lagi ngantuk dan ngambek jadi terpaksa ya agak uring2an....hehe...
Post new comment