02073 14. Pemuda Bani Tamim Adalah Pembela Sebenar Ahlulbait
A. Dari Sayidina Ali KMW katanya Nabi SAW bersabda,
“Akan keluar seorang lelaki dari seberang sungai yang dikatakan Al-Haris bin Harras, yang di hadapannya ada seorang lelaki yang dikatakan al-Mansur, dialah yang akan memudahkan urusan atau membela keluarga Nabi SAW seperti pihak Quraisy yang membela Rasulullah SAW. Wajib setiap mukmin menolongnya atau baginda bersabda, “Wajib setiap orang mukmin menerimanya.” (Abu Daud, an-Nasa’i, al-Baihaqi & al-Husin)
Seberang Sungai yang dimaksudkan atau disebut di dalam hadis
sebagai Ma Wara an-Nahar, adalah juga wilayah Khurasan yang terkenal itu. Memang dalam sejarah awal
penaklukan Islam ke atas wilayah-wilayah timur Arab, nama Ma
Wara an-Nahar sudah cukup terkenal. Nama itu sudah wujud dalam
sejarah penaklukan oleh Sayidina Umar RA lagi, disambung lagi pada
zaman pemerintahan Bani Umaiyah. Maka nama itu memang terkenal
dalam sejarah umat Islam sehingga ke hari ini. Khurasan juga
adalah cukup terkenal, walaupun pada hari ini wilayah yang
dinamakan Khurasan itu sudah tiada lagi kerana dipotong-potong oleh pihak penjajah Barat yang cuba
menghilangkannya dari peta dunia. Mereka juga yakin dengan
kebenaran hadis-hadis Nabi SAW mengenai wilayah Khurasan ini.
Dari kawasan itulah akan muncul seorang lelaki yang bernama Al-Haris. Al-Haris itu namanya dan Harras itu gelaran
dan pekerjaannya kerana dia adalah seorang petani yang sangat
berjaya kerana dibantu oleh Allah dalam setiap usaha taninya itu.
Memang dia menempati kawasan itu, tidak keluar ke mana-mana. Dialah
yang akan menyerahkan Panji-panji Hitam sebenar kepada Syuaib bin
Saleh at-Tamimi, selain menyerahkan sejumlah pasukan untuk
digunakan oleh Syuaib bin Saleh dalam ekspedisi besarnya itu.
Maksud yang di hadapannya bermaksud Al-Haris itu adalah
pembantu kepada Syuaib bin Saleh. Namun dia hanya menyerahkan
sejumlah pasukan kepada Syuaib bin Saleh, dan tidak ikut serta
dalam ekspedisi itu. Dia tetap tinggal di wilayah Khurasan itu,
memimpin umat Islam di sana dalam urusan agama mereka. Pada masa
inilah Syuaib bin Saleh mendapat gelaran al-Mansur,
suatu gelaran yang sangat istimewa bagi umat ini, sama istimewanya
dengan gelaran as-Siddiq bagi Sayidina Abu Bakar, dan Karramallhu Wajhah bagi Sayidina Ali RA.
Al-Mansur inilah yang menjadi pembela sebenar keluarga Nabi
Muhammad SAW pada akhir zaman ini kerana beliau berjuang untuk
menaikkan seorang Ahlulbait ke jawatan yang paling tinggi bagi
sekalian umat Islam sehingga dengan hasil usaha dan susah payahnya
itu, mudahlah Ahlulbait berkenaan menjawat jawatannya sebagai
khalifah bagi seluruh umat Islam. Dan sebagai mengiktiraf setiap
hasil usahanya itu, Rasulullah SAW menyatakan dengan jelas dan
terang bahawa wajib setiap mukmin menerimanya atau menolongnya,
sehingga matlamat yang diperjuangkannya itu tercapai
sepenuhnya.
Pada ketika ini, bukan sahaja umat Islam yang membelakangkan
golongan Ahlulbait, malah di kalangan Ahlulbait sendiri ada yang
menjadi penyambung lidah golongan yang menghancurkan mereka dahulu,
dengan mengecam dan merendah-rendahkan golongan Ahlulbait sendiri.
Apa niat mereka yang tersirat, kita pun tidak tahu. Selain itu,
mereka ini juga berpecah-pecah ke sana-sini, berterabur ke serata
pelosok dunia. Masing-masing ikut kepala sendiri-sendiri. Dalam
keadaan demikian, hampir mustahil mereka ini dapat disatukan lagi
di bawah satu pimpinan dan di suatu tempat tertentu. Namun, dalam
keadaan demikian, muncul Pemuda Bani Tamim Syuaib bin Saleh yang
menjadi pembela kepada golongan Ahlulbait itu sendiri, kemudian
berusaha keras memandu mereka kembali kepada kebenaran, sambil
menyatukan semula mereka yang sudah begitu lama berpecah-pecah ke
sana-sini itu.
Sehingga apabila Imam Mahdi muncul sebagai khalifah Allah, golongan
Ahlulbait ini sudah disatukan semula di suatu tempat dan bersatu
pula pemikiran dan tindak-tanduk mereka. Selain itu, Pemuda Bani
Tamim juga disebut mengikut jejak kaum Quraisy dahulu dalam membela
Rasulullah SAW, iaitu sanggup bersusah payah dan sama-sama
menanggung derita demi membela kaum Ahlulbait ini. Maka wajiblah
kita sebagai umat Islam yang mukmin turut sama membantu usaha
murninya itu. Ertinya setiap umat Islam wajib mencari
pemimpin yang dilantik oleh Allah SWT pada awal setiap
kurun Hijrah.
Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik |
- 5503 reads
Siapa Pemuda Bani Tamim
Salam. Marilah kita sama-sama mencari siapakah Pemuda Bani Tamim itu di blog Lautan Biru.
Post new comment